Category  |  Pedoman Harian

Membawa Berita Baik

Semasa menjalankan misi penginjilan di negara Ecuador, kami melakukan kunjungan rumah ke rumah. Suatu hari, semasa kami berjalan, kami ternampak seorang lelaki sedang bekerja mencabut bawang di kebunnya. Kami pun mendekatinya. Lalu dengan bertutur bahasa pasar Sepanyol, saya berkata bahawa kami ingin bercakap sebentar dengannya tentang Alkitab. Dia berhenti seketika untuk mendengar apabila kami berkongsi kesaksian kami dengannya. Kemudian, seorang daripada kami membacakan Alkitab dengan suara lantang dalam bahasa Inggeris manakala lelaki itu turut membaca serentak dalam bahasa Sepanyol daripada buku kecil yang kami berikan kepadanya. Alangkah istimewanya saat itu bagi semua orang yang mendengar berita baik dibacakan di lereng pergunungan Andes itu! Setelah itu, kami berbual-bual dengan dia dan keluarganya yang bekerja berdekatan, lalu berdoa untuk mereka sebelum bertolak ke rumah seterusnya

Tidak Lagi Kesunyian  

Henry David Thoreau, seorang penulis Amerika, memerihalkan bandar sebagai tempat ramai orang yang “berasa sunyi bersama-sama.” Kata-kata ini ternyata benar. Pada zaman muda saya, lagu-lagu seperti “Mr. Lonely,” “Only the Lonely,” dan “Eleanor Rigby” berfokus pada keterasingan dan kesunyian. Pada tahun-tahun kebelakangan, pandemik telah menjadi salah satu musim paling isolatif yang pernah dialami dunia. Media sosial pun dapat meredakan kesepian itu, dengan memberi kita hubungan secara maya tanpa hubungan yang sebenar. Barangkali kesunyian merupakan pandemik baharu.

Beristirehat dalam Tuhan

Jiran saya, Sam, pulang ke rumah pada suatu malam tanpa keretanya. “Kereta aku dicuri,” kata Sam kepada isterinya, lalu menambah, “Aku tidur dulu. Esok baru aku uruskan.” Isterinya tercengang. Dia tidak faham bagaimana Sam boleh begitu tenang, tetapi Sam menjelaskan: “Apa lagi yang dapat aku buat? Panik tak ada gunanya.”

Dikurniai Bakat oleh Tuhan

Komposer yang luar biasa hebatnya, Ludwig van Beethoven, merupakan salah seorang pemuzik ternama dalam sejarah. Hampir dua abad selepas kematian Beethoven pada tahun 1827, karya-karyanya masih antara yang paling kerap dipersembahkan. Bagaimanapun, satu kajian tentang DNA Beethoven menunjukkan bahawa dia mungkin bukan genius sejak lahir—seperti yang kita sangka. Apabila gen Beethoven dibandingkan dengan gen 14,500 orang lain yang menunjukkan kepekaan terhadap ritma (hanya salah satu aspek bakat muzik), anda akan berasa hairan sebab dia mendapat tempat yang agak rendah.