Category  |  Pedoman Harian

Diperlengkap oleh Roh Kudus

Dua orang budak lelaki berusia lapan tahun yang tinggal di Maine—sebuah negeri luar bandar di Amerika—menempa nama dengan memakai sut ke sekolah setiap hari Rabu. Tidak lama kemudian, “Dandan Hari Rabu (Dapper Wednesdays)” menjadi hari kegemaran, apabila rakan-rakan sekelas dan kakitangan sekolah turut berdandan. James, yang mencetuskan idea itu, suka mendengar pujian. “Ia membuatkan saya berasa sangat gembira.” Pakaian mereka pada hari Rabu juga mengkhususkan kanak-kanak tersebut sebagai pelajar-pelajar yang bangga akan sekolah mereka. 

Kurniaan Kemahiran dan Bakat

Sesetengah pemain piano yang paling terkenal di dunia, termasuk Van Cliburn dan Vladimir Horowitz, selalu bekerjasama dengan Franz Mohr, yakni ketua juruteknik konsert dari syarikat piano Steinway & Sons di New York, untuk memastikan konsert piano mereka siap sedia untuk persembahan. Sebagai penala piano yang mahir, Mohr dikenali kerana pengetahuannya yang terperinci tentang piano dan kemahirannya yang hebat selama berdekad-dekad tahun ini. Mohr menganggap kemahirannya sebagai saluran untuk melayani Tuhan, dan dia kerap berkongsi imannya dengan para pemain piano dan kakitangan persembahan. 

Berdamai dengan Yesus

Phillip Petit, seorang pejalan kaki tali menjadi terkenal pada tahun 1971 apabila dia berjalan di atas tali tegang di antara dua buah menara Katedral Notre-Dame di Paris. Tiga tahun kemudian, dia ditangkap kerana berjalan tanpa kebenaran di antara Menara Berkembar yang pernah menjadi mercu tanda latar langit New York. Akan tetapi, pada tahun 1987, jejak Petit kelihatan berbeza. Atas undangan Datuk Bandar Yerusalem, iaitu Teddy Kollek, Petit berjalan melintasi Lembah Hinom di atas tali tegang sebagai satu acara bagi Perayaan Israel pada tahun itu. Pada titik pertengahan jalan, Petit melepaskan seekor burung merpati untuk melambangkan keindahan kedamaian. Walaupun inilah satu lagak ngeri yang pelik dan berbahaya, semuanya demi tujuan kedamaian. Petit kemudian berkata, “Untuk seketika, seluruh penonton telah melupakan perbezaan mereka.”

Selang Waktu Rehat

Jurulatih larian Jeff Galloway, seorang bekas Olimpian, mengajar protokol latihan maraton yang berlawanan dengan latihan yang lazim dilakukan. Pelari maraton yang baharu dan berpengalaman sering terkejut apabila mengetahui bahawa dia mengesyorkan strategi “lari/berjalan”: selang-seli berlari selama beberapa minit bergantian dengan tempoh berjalan yang singkat. Teori di sebalik pendekatannya ialah selingan berjalan yang singkat membolehkan badan pulih seketika, melengkapkan pelari untuk menamatkan perlumbaan mereka lebih cepat jika mereka telah berlari sepanjang 42 kilometer terus.

Dihormati dan Dibaca

Rumah kami mempunyai rak buku yang penuh dan melimpah. Saya amat suka membeli buku yang cantik, terutamanya buku kulit keras yang menarik. Selama bertahun-tahun ini, koleksi buku saya semakin menambah. Namun, saya tidak mempunyai masa dan tenaga untuk betul-betul membaca kesemua jilid yang saya kumpulkan. Buku-buku ini kekal sempurna, cantik, dan sedihnya, belum dibaca.

Buatan yang Berbuat Baik bagi Tuhan 

Pada mulanya, saya mengabaikan kad yang melayang jatuh ke tanah. Seorang bapa dan anak perempuannya yang menjatuhkannya sedang berjalan berlalu, dan saya sudah lewat ke tempat kerja. Mereka pasti menyedarinya, saya berkata kepada diri sendiri. Tetapi mereka terus berjalan. Hati nurani saya mendorong saya, jadi saya pergi mengambil kad tersebut. Ia adalah pas bas prabayar. Apabila saya memberikannya kepada mereka, ucapan terima kasih mereka yang berlebih-lebihan membuatkan saya berasa sungguh puas hati. Mengapakah saya berasa begitu baik setelah melakukan perkara kecil ini? Saya tertanya-tanya.

Hati Baharu dalam Kristus

Brock dan Dennis merupakan kawan sejak kecil, tetapi apabila mereka membesar, Brock tidak berminat dengan iman Dennis di dalam Yesus. Dennis mengasihi kawannya dan mendoakannya kerana dia tahu jalan hidup yang dilalui Brock adalah gelap dan menyedihkan. Dalam doanya untuk Brock, Dennis memetik kata-kata nabi Yehezkiel: “Tolonglah Tuhan, buangkan hati yang keras daripada Brock dan berikan dia hati yang lembut” (lihat Yehezkiel 11:19). Dia sangat berharap agar Brock berjalan dalam jalan Tuhan supaya dia mengalami kehidupan yang berlimpah-limpah

Pembantu Gajah

Pada larut suatu malam, sebuah pusat perlindungan gajah di Kenya menerima panggilan bahawa seekor anak gajah telah jatuh ke dalam perigi. Pasukan penyelamat tiba mendengar tangisan putus asa yang memenuhi kegelapan dan mendapati bahawa dua pertiga daripada belalai anak gajah itu telah hilang akibat serangan dubuk. Mereka membawa anak gajah itu ke tempat perlindungan mereka dan menamakannya Long’uro, yang bermaksud “sesuatu yang telah dipotong.” Walaupun hanya memiliki satu pertiga belalai, Long’uro sembuh dan diterima oleh kumpulan gajah lain di pusat perlindungan itu. Gajah secara naluri tahu bahawa mereka memerlukan satu sama lain, jadi mereka saling membantu.

Pewaris Keselamatan Tuhan

Ketika ibu bapa Abigail meninggal dunia secara tragis dalam kemalangan kereta, dia mewarisi portfolio hartanah yang besar. Dia juga mengetahui bahawa ibu bapanya telah mengatur untuk meletakkan portfolio itu dalam amanah. Buat masa ini, dia hanya boleh mengakses wang yang cukup untuk membiayai yuran universiti. Bakinya hanya akan diberikan apabila usianya meningkat. Abigail berasa kecewa, tetapi kemudian dia menyedari kebijaksanaan ibu bapanya dalam merancang pemberian harta secara berperingkat.