Category  |  Pedoman Harian

Kota yang Bernilai?

Pada 29 Mei 1925, Percy Fawcett menghantar surat terakhir kepada isterinya sebelum dia meneroka lebih jauh ke dalam hutan rimba Brazil yang tidak wujud dalam peta. Dia sedang mencari sebuah kota dongeng yang hilang dan terkenal dengan kemegahan yang hebat, dan berazam untuk menjadi penjelajah pertama yang berkongsi lokasinya dengan dunia selepas bertahun-tahun mencari. Tetapi pasukan penjelajahnya tersesat, kota itu tidak pernah ditemui, dan banyak ekspedisi lain juga gagal menemukannya.

Kesyukuran yang Rendah Hati

Pada Hari Kesyukuran suatu tahun, saya menelefon untuk memberi salam kepada ibu bapa saya. Saya bertanya kepada ibu saya apa yang dia paling bersyukur. Dia berkata dia amat bersyukur kerana “ketiga-tiga anak ibu telah mengenal Tuhan.” Bagi ibu saya, yang selama ini sangat menekankan kepentingan pendidikan, ternyata ada sesuatu yang lebih berharga baginya, lebih daripada kejayaan akademik atau kemampuan anak-anaknya untuk berdikari.

Hitunglah Berkatmu

Semasa saya masih kecil, saya suka lagu lama bertajuk “Count Your Blessings” (Hitunglah Berkatmu). Lagu ini menggalakkan mereka yang “dipukul ribut kehidupan” dan “berasa seolah-olah segala-galanya telah hilang” untuk “hitunglah berkatmu, sebutkan satu demi satu.” Bertahun-tahun kemudian apabila suami saya, Alan, berasa tawar hati, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu kepadanya. Kemudian saya akan membantunya untuk menghitung berkat-berkat yang dinikmatinya. Tindakan itu mengalihkan perhatian Alan daripada pergelutan dan keraguannya, lalu memusatkan semula pemikirannya kepada Tuhan dan alasan-alasannya untuk bersyukur.

Meminta Pertolongan Tuhan

Semasa saya masih muda, saya beranggapan bahawa adalah tidak wajar untuk meminta Tuhan menolong saya menyiapkan tugasan penulisan supaya saya dapat menghantarnya sebelum tarikh akhir. Orang lain mempunyai keperluan yang lebih besar, saya memberitahu diri saya sendiri. Masalah keluarga. Krisis kesihatan. Kekecewaan dalam pekerjaan. Keperluan kewangan. Saya juga pernah menghadapi semua perkara itu. Tetapi menyiapkan tugasan penulisan terasa terlalu remeh untuk dibawa kepada Tuhan. Tetapi kemudian, pandangan saya berubah apabila saya mendapati terdapat banyak contoh dalam Alkitab tentang Tuhan yang menolong umat-Nya, tanpa mengira kecil atau besarnya cabaran yang dihadapi oleh mereka.