Category  |  Pedoman Harian

Silinder Bersurat Kores

Pada tahun 1879, para ahli arkeologi menemui sebuah silinder bersurat kecil di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Iraq (negeri Babilonia dalam Alkitab). Silinder tanah liat yang hanya berukuran 23 sentimeter panjang itu mencatatkan hal-hal yang dilakukan oleh Raja Kores dari Persia pada 2,500 tahun yang lalu. Kandungan itu berbunyi bahawa Raja Kores membenarkan sekumpulan orang balik ke tanah air mereka untuk membina semula “kota suci” mereka.

Sepucuk Surat Dari Medan Perang

Selama lebih daripada dua dekad, Andrew Carroll menggesa orang agar mereka tidak membuang surat-surat yang ditulis oleh ahli-ahli keluarga atau kawan-kawan mereka semasa peperangan. Sebagai pengarah bagi Pusat Surat Peperangan Amerika di Universiti Chapman, California, Carroll berpendapat bahawa semua surat pada waktu itu ialah ikatan yang tidak dapat diganti untuk menyatukan dan memberikan kefahaman antara ahli-ahli keluarga. “Kini generasi yang lebih muda membaca surat-surat itu,” kata Carroll, “dan mereka mengajukan soalan-soalan dan berkata, ‘Sekarang saya faham apa yang telah anda alami dan korbankan.’ ”

Kata-Kata Yang Berapi-Api

Di utara Ghana, iaitu negara asal saya, kebakaran semak belukar biasanya berlaku pada musim kemarau antara bulan Disember hingga Mac. Saya telah menyaksikan beberapa ekar tanah ladang terbakar apabila angin meniupkan bara daripada perapian atau puntung rokok yang dibuang dengan lalai di tepi jalan. Api yang sangat kecil sahaja pun boleh menyebabkan kebakaran dan kemusnahan di padang rumput yang kering di kawasan itu.

Angkat Tangan Anda

Kumpulan koir St. Olaf dari Northfield, Minnesota, adalah terkenal dengan muzik mereka yang indah. Alasan keunggulannya ialah proses pemilihan ahli koir. Para pemohon bukan sahaja dipilih berdasarkan bakat nyanyian mereka, tetapi juga kepaduan suara mereka semasa menyanyi dalam kumpulan. Selain itu, semua ahli harus mengutamakan koir ini dan komited kepada jadual latihan dan persembahan yang ketat.

Kristus Penebus

Patung Kristus Penebus (Christ the Redeemer) yang terkenal dapat melihat seluruh bandar Rio de Janeiro di Brazil. Patung itu merupakan model Kristus dengan tangan-Nya terbuka agar badan-Nya berupa bentuk salib. Arkitek berbangsa Brazil, Heitor da Silva Costa mereka bentuk patung itu. Dia membayangkan bahawa penduduk bandar itu akan melihatnya sebagai imej pertama muncul dari kegelapan pada waktu subuh. Pada waktu senja, dia berharap penghuni-penghuni bandar itu boleh memandang matahari yang sedang terbenam sebagai lingkaran cahaya di belakang kepala patung itu.

Menyelamatkan Yang Enggan

Bertahun-tahun yang lalu semasa menghadiri kelas keselamatan air, kami diajar cara menyelamatkan orang yang sedang lemas dan enggan diselamatkan. “Dekati orang itu dari belakang,” jurulatih itu memberitahu kami. “Letakkan satu tangan pada dada dan tangan orang yang menggapai-gapai itu, serta berenang menuju tempat selamat. Jika anda mendekati mereka dari depan, orang itu mungkin akan menyambar anda dan menarik kedua-dua anda sekaligus ke dalam air.” Rasa panik dan ketakutan boleh melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berfikir dan bertindak dengan bijak.

Suara Pada Waktu Malam

azmur 134 hanya mempunyai tiga ayat, tetapi ia membuktikan bahawa benda kecil boleh menjadi sangat bermakna. Dua ayat yang pertama adalah satu teguran kepada imam-imam yang berbakti kepada Tuhan di Rumah TUHAN tiap-tiap malam. Bangunan itu gelap dan kosong; tiada hasil yang berlaku—atau begitulah kelihatannya. Namun hamba-hamba ini digalakkan untuk “Tadahlah tangan kamu sambil berdoa di Rumah TUHAN, dan pujilah TUHAN! (ayat 2). Ayat ketiga merupakan suara daripada jemaah yang berseru dalam kegelapan dan kesepian malam: “Semoga TUHAN yang di Sion memberkati kamu, TUHAN yang mencipta langit dan bumi.”

Keseluruhan Kisah

Baru-baru ini cucu lelaki saya, Dallas, yang berumur 5 tahun bertanya, “Kenapa Yesus mati pada salib?” Jadi kami pun berbual -bual topik ini. Saya menjelaskan tentang dosa dan kerelaan Yesus untuk menjadi korban kita. Kemudian dia pun pergi bermain.

Misteri Yang Tersembunyi

Kita tidak pernah menyaksikan kebanyakan perkara yang berlaku di alam semesta ini. Banyak benda terlalu kecil atau bergerak sangat laju, atau malahan bergerak dengan terlalu lambat untuk kita lihat. Bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi moden, seorang pembuat filem yang bernama Louis Schwartzberg boleh menunjukkan imej-imej video yang menakjubkan daripada beberapa benda itu—mulut seekor ulat bulu, mata seekor lalat, pertumbuhan sekuntum cendawan.