Disokong oleh Tuhan
Saya dan keluarga saya membawa ayah pulang dari hospital. Dia menghidapi penyakit degeneratif (penyakit yang menyebabkan kesihatan beransur-ansur semakin merosot), dan kami sedang menyesuaikan diri dengan rutin 24 jam baharunya kerana dia tidak lagi berdaya dan memerlukan tiub pemakanan. Saya juga harus merancang pembedahan gastrik ibu saya dan berurusan dengan pelanggan yang sukar di tempat kerja. Disebabkan segala tekanan tinggi ini, saya mencari ruang persendirian di dalam bilik mandi dan berseru kepada Tuhan: Tolonglah aku, ya Bapa. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap hari.

Melihat dan Melayani
“Kadangkala dalam hidup, kita menyaksikan perkara yang tidak dapat kita lupakan,” kata Alexander McLean kepada pewawancara rancangan 60 Minutes (60 Minit). Pemuda yang berasal dari selatan London itu berusia lapan belas tahun ketika dia pergi ke Uganda untuk bersukarela membantu dalam kerja-kerja di penjara dan pusat hospis. Di sanalah dia melihat sesuatu yang tidak dapat dilupakannya—seorang lelaki tua yang tidak berdaya terbaring bersebelahan tandas. McLean menjaga lelaki itu selama lima hari. Kemudian lelaki itu meninggal dunia.

Ujian Iman Kita
Pada tahun 304 Masihi, maharaja Rom Maximian memasuki kota Nicomedia dengan kemenangan. Perarakan diadakan dan seluruh kota berkumpul untuk berterima kasih kepada dewa-dewa atas kemenangan tersebut—semua orang kecuali sebuah gereja yang penuh dengan orang yang menyembah satu-satunya Tuhan yang benar. Maximian memasuki gereja itu dengan satu amaran keras terakhir: Tinggalkan iman kamu kepada Kristus, atau dihukum. Mereka menolak. Kesemuanya terbunuh apabila Maximian mengarahkan gereja itu dibakar, termasuk orang-orang yang percaya kepada Yesus yang masih berada di dalamnya.
Tuhan, Tempat Perlindungan Kita
Kami telah memandu selama lima belas jam sehingga lewat malam. Tiba-tiba kami menerima satu amaran puting beliung yang mengingatkan kami supaya berwaspada. Amaran tersebut menyatakan bahawa kami harus segera mencari perlindungan. Seolah-olah dirancang, kilat menyambar dan angin menekan kuat cermin tingkap kereta kami. Kami pun memecut keluar dari lebuh raya dan berhenti berdekatan di sebuah bangunan hotel konkrit. Setelah berlari masuk ke dalam, kami bersyukur dapat mencari tempat perlindungan.

Kurnia Tuhan
Dalam sebuah persembahan pentas Pilgrim: The Musical (Pengembara: Muzikal) yang menyentuh hati, Leisa berdiri di satu sudut khas untuk golongan pekak. Dia menggunakan Bahasa Isyarat Amerika untuk menyampaikan makna dan emosi persembahan itu dengan penuh perasaan. Muzikal tersebut, yang diadaptasikan daripada buku The Pilgrim’s Progress (Perjalanan Seorang Musafir) ialah karya John Bunyan tentang perjalanan iman seorang lelaki yang sangat mengharukan, begitu juga dengan penyampaian bahasa isyarat oleh Leisa.