Morse ialah anak kepada seorang pendeta Protestan dan seorang pelukis lanskap yang bergelut untuk menyara hidup. Pada tahun 1820-an, dia menjadi seorang pelukis iluminasi yang menghiasi manuskrip, selalu mengembara ke banyak tempat dan hidup dalam kesusahan pada era penjajahan Amerika. Namun, Tuhan memimpin dia menuju ke haluan hidup yang lain. Morse juga mempunyai minat dalam sains. Maka dia mempelajari tentang elektromagnet sehingga mencetuskan suatu idea yang mengubah dunia kemudian. Pada tahun 1832, Samuel F. B. Morse mengasaskan idea telegraf elektrik dan selanjutnya mereka telegraf pertama yang dapat berfungsi.

Mungkin salah satu kisah Alkitab yang paling dramatik tentang “perubahan kerjaya” adalah Saul, yang sebelum itu “terus-menerus mengancam hendak membunuh murid-murid Tuhan Yesus” (Kis 9:1). Yesus menampakkan diri kepadanya sebagai cahaya dari langit yang bersinar mengelilinginya (ayat 3), dan mengatakan bahawa Saul sedang menganiaya-Nya. Pada dasarnya, Saul diberitahu supaya berhenti kerana dia kini diberikan satu perintah baru (ayat 6). Sejak itu, Saul mengubah semua haluan dalam hidupnya dan mengambil identiti baru di dalam Kristus. Kini, dia dikenali sebagai rasul yang menyebarkan Injil ke mana sahaja dia pergi.

Kadangkala apa yang kita anggap sebagai masa depan kita sebenarnya tidak demikian. Kadangkala Tuhan akan menuntun kita ke arah lain. Mungkin Dia perlu memanggil kita keluar daripada dosa-dosa kita. Atau mungkin kita perlu mengubah fokus pelayana atau panggilan. Apabila Tuhan mengubah kehidupan kita, kita patut menghentikan apa yang kita lakukan dan mengikut perintah baru. Kemudian apabila laluan baru kita terbuka di hadapan kita, kita akan mengalami kegembiraan besar, seperti mesej pertama yang dihantar oleh Morse melalui kod titik-dan-garis: “Lihatlah perkara besar yang dilakukan Tuhan!”