Loteri-loteri yang dijalankan secara terbuka wujud lebih daripada 100 buah negara. Dalam tahun kebelakangan ini hanya di Amerika Syarikat dan Kanada, jumlah jualan tiket loteri telah melebihi $85 bilion, malah ini hanya sebahagian daripada jumlah jualan di seluruh dunia. Tarikan besar cepumas telah menyebabkan ramai orang berfikir bahawa semua masalah kehidupan mereka akan selesai “jika saya menang loteri.”

Tidak ada yang salah dengan kekayaan itu sendiri, tetapi ia mempunyai kuasa untuk menipu kita bahawa wang ialah jawapan bagi semua keperluan kita. Pemazmur yang menyatakan pandangan berbeza telah menulis: “Aku gemar menurut perintah-Mu, lebih daripada memiliki segala kekayaan … Aku gemar akan hukum-Mu; aku tidak akan melupakan perintah-Mu” (Mazmur 119:14,16). Konsep harta rohani ini memberi tumpuan ketaatan kepada Tuhan dan berjalan “mematuhi perintah[-Nya]” (ayat 35).

Apa yang akan berlaku jika kita lebih suka mengikuti firman Tuhan daripada memenangi cepumas yang bernilai berjuta-juta? Kita mungkin berdoa bersama pemazmur, “Tolonglah aku mematuhi perintah-Mu … Berilah aku keinginan untuk mentaati hukum-Mu, dan bukan untuk mendapat kekayaan” (ayat 36-37).

Kekayaan ketaatan—kekayaan sejati—dimiliki oleh semua orang yang mentaati Tuhan.