Selepas seorang wanita Korea Selatan berusia 71 tahun diselamatkan semasa sebuah bot feri tenggelam dengan tragis, dia bergelut dengan rasa bersalah untuk hidup. Dari katil hospitalnya dia berkata bahawa dia tidak memahami sebab dia boleh terselamat dalam kemalangan yang telah meragut nyawa ramai orang yang jauh lebih muda. Dia juga kesal kerana tidak mengetahui nama anak muda yang menarik dia keluar dari air selepas dia putus harapan. Kemudian dia menambah, “Sekurang-kurangnya saya mahu membeli dia makanan, atau memegang tangannya, atau memberi pelukan kepada anak itu.”
Hati wanita ini yang menitikberatkan orang lain mengingatkan saya akan Rasul Paulus. Dia begitu mengambil berat tentang jiran-jiran dan rakan sebangsanya, sehingga dia berkata bahawa dia sanggup menyerahkan hubungannya sendiri dengan Kristus untuk menyelamatkan mereka: “Aku sangat sedih dan menderita, kerana saudara-saudaraku, orang yang sebangsa denganku. Bagi kepentingan mereka, aku rela dikutuk oleh Allah dan dipisahkan daripada Kristus” (Roma 9:2-3).
Paulus juga mengungkapkan kesyukurannya yang mendalam. Dia tahu dia tidak memahami cara dan pengadilan Tuhan (lihat ayat 14-24). Oleh itu, ketika Paulus melakukan semua yang boleh untuk memberitakan Injil, dia mendapati keamanan dan kegembiraan kerana percaya bahawa hati Tuhan yang mengasihi seluruh dunia lebih berkuasa daripada kita yang mampu mengasihi.