John Philip Sousa, yang selalu dipanggil “Raja Perarakan,” ialah penggubah lagu dan pengarah pancaragam. Dia telah menggubah muzik yang dimainkan oleh pancaragam-pancaragam lain di seluruh dunia selama lebih daripada seratus tahun. Seperti dikatakan oleh Loras John Schissel, seorang ahli sejarah muzik dan konduktor bagi Virginia Grand Military Band, “Sousa berarak terhadap lagu yang disesuaikan oleh Beethoven.” Sousa memahami kuasa muzik yang boleh memberikan motivasi, galakkan dan inspirasi kepada orang ramai.

Pada zaman Perjanjian Lama, orang-orang Israel sering didorong untuk menggubah dan menyanyi lagu-lagu bagi meraikan per-tolongan yang diberikan oleh Tuhan. Apabila Tuhan menyelamatkan umat-Nya daripada kemusnahan oleh tentera Firaun, “Musa dan orang Israel menyanyikan lagu ini kepada TUHAN … ‘Aku hendak menyanyikan untuk TUHAN kerana Dia telah mendapat kemenangan yang cemerlang; Dia telah membuang kuda dan penunggang kuda ke dalam laut. TUHAN pembelaku yang kuat; Dialah yang telah menyelamatkan aku” (Keluaran 15:1-2).

Muzik mempunyai kuasa untuk menaikkan semangat kita dengan mengingatkan kita akan kesetiaan Tuhan pada masa lalu. Apabila kita tawar hati, kita boleh menyanyi lagu-lagu pujian yang mengangkatkan mata kita daripada keadaan mencabar yang kita hadapi untuk melihat kuasa dan kehadiran Tuhan. Kita diingatkan bahawa Dia ialah kekuatan kita, lagu kita, dan penyelamatan kita.