Pada bulan Julai 1860, sekolah jururawat pertama di dunia dibuka di Hospital St Thomas, London. Hari ini sekolah itu merupakan sebahagian daripada King’s College, tempat yang para pelajar kejururawatan dipanggil sebagai Nightingale. Sekolah itu—seperti kejururawatan moden—ditubuhkan oleh Florence Nightingale, yang merevolusikan bidang kejururawatan semasa Perang Crimean. Apabila bakal jururawat menamatkan latihan, mereka akan membaca “Ikrar Nightingale,” satu refleksi tentang pengaruh Nightingale yang berterusan bagi kejururawatan.
Ramai orang, seperti Florence Nightingale, telah memberi kesan yang besar ke atas dunia kita. Tetapi tidak ada yang mempunyai kesan yang lebih besar daripada Yesus, yang kelahiran, kematian dan kebangkitan-Nya telah mengubah hidup untuk lebih daripada 2,000 tahun.
Di seluruh dunia, nama Kristus menjadi tanda bagi mereka yang mengikut-Nya, boleh dirujuk kepada zaman gereja awal. “Apabila dia menjumpai Saulus, Barnabas membawa Saulus ke Antiokhia, dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhia, untuk kali pertama pengikut Yesus di sebut orang Kristian” (Kisah Rasul-Rasul 11:26).
Mereka yang memakai nama Kristus mengaitkan diri dengan-Nya kerana kita telah diubah oleh kasih dan rahmat-Nya. Kita mengaku kepada dunia bahawa Dia telah membuat perbezaan yang kekal dalam kehidupan kita dan kita ingin agar hati orang lain juga mengalami perubahan ini.