Apabila Yesus hidup di dunia ini, Dia mengundang orang datang kepada-Nya, dan Dia masih melakukannya pada hari ini (Yohanes 6:35). Apakah yang ada pada Yesus dan Bapa-Nya di syurga yang kita perlukan?
Penyelamatan. Yesus adalah satu-satunya jalan untuk manusia memperoleh pengampunan dosa dan janji untuk masuk ke syurga. “Semua orang yang percaya kepada Anak Manusia beroleh hidup sejati dan kekal”(Yohanes 3:15).
Tujuan. Yesus menghendaki agar kita menyerahkan sepenuh hati, seluruh jiwa, segenap fikiran dan kekuatan kita untuk mengikut Dia. “Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku” (Markus 8:34).
Penghiburan. Ketika kita berada dalam pengujian atau kesedihan, “Dia Bapa yang berbelas kasihan … menolong kami semasa kami mengalami kesusahan” (2 Korintus 1:3-4).
Kebijaksanaan. Kita memerlukan hikmat yang lebih tinggi untuk membuat segala keputusan. “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya” (Yakobus 1:5).
Kekuatan. Ketika kita letih lesu, “TUHAN menguatkan umat-Nya.” (Mazmur 29:11).
Kehidupan yang berkelimpahan. Kehidupan yang melimpah boleh ditemui dalam berhubungan dengan Yesus. “Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan” (Yohanes 10:10).
Yesus berkata, “Aku tidak akan menolak sesiapa pun yang datang kepada-Ku” (Yohanes 6:37). Datanglah!