Sungguh hairan tentang apa yang kita boleh tarik dengan sebuah basikal. Seorang dewasa biasa boleh menunda beban seberat 136 kg sejauh 1.6 kilometer sejam dengan sebuah basikal dan treler khas (disertai sedikit ketekadan). Namun ada satu masalah bagi cara ini: Jika kita menarik beban yang lebih berat, kita juga bergerak dengan lebih lambat. Seseorang yang menarik peralatan atau barangan sendiri yang seberat 272 kg hanya boleh bergerak pada kecepatan 12.9 km sejam.

Musa memikul sejenis beban lain di padang gurun—beban emosi yang membuatkan dia terhenti. Orang Israel yang terlalu inginkan daging untuk menggantikan manna telah membuatkan mereka menangis. Setelah mendengar sungutan mereka yang berterusan, Musa yang berasa jengkel itu berkata kepada Tuhan, “Aku tidak sanggup memikul tanggungjawab atas semua orang itu; tanggungjawab ini terlalu berat bagiku! (Bilangan 11:14).

Musa kekurangan tenaga yang diperlukan untuk menangani masalah itu kerana dia memikulnya sendirian. Tuhan menjawab Musa dengan menyuruh dia memilih 70 orang lelaki untuk bertahan dan memikul tanggungjawabnya. Tuhan berkata kepada Musa, “Dengan demikian, mereka akan dapat membantu engkau memikul tanggungjawab atas umat ini, dan engkau tidak lagi memikulnya sendirian (ayat 17).

Sebagai pengikut-pengikut Yesus, kita juga tidak perlu memikul tanggungjawab kita sendirian. Kita mempunyai Yesus, Dia sendiri yang selalu sudi dan dapat membantu kita. Dia juga telah memberikan kita saudara-saudara seiman dalam Kristus untuk berkongsi memikul tanggungjawab. Apabila kita menyerahkan hal-hal yang membebankan kepada Tuhan, Dia akan memberikan hikmat dan sokongan kepada kita.