Penulis yang bernama William Zinsser menggambarkan lawatan terakhirnya ke rumah yang dia dibesarkan, tempat yang amat disukainya pada zaman kanak-kanak. Ketika dia dan isteri tiba di bukit yang boleh melihat Teluk Manhasset dan muara pasang surut Long Island Sound, mereka mendapati bahawa rumah tersebut telah dirobohkan. Kini hanya tinggal sebuah lubang besar di tempat asal. Dengan rasa tawar hati, mereka berjalan ke tembok laut yang berdekatan. Zinsser melihat ke arah teluk, menikmati pemandangan dan bunyi hempasan ombaknya. Tidak lama kemudian, dia menuliskan pengalaman ini, “Saya berasa tenang dan hanya sedih sedikit. Pemandangan itu tidak terjejas: bentuk laut dan darat yang begitu unik segar dalam ingatan saya, sehingga saya masih bermimpi tentangnya.”

Pemazmur menuliskan satu masa kesukaran ketika jiwanya enggan dihiburkan dan semangatnya hilang (Mazmur 77:3-4). Namun di tengah segala kesusahannya, pemazmur mengubah tumpuannya daripada kesedihan ke Penyelamatnya, katanya, “Aku akan mengingat perbuatan-Mu yang besar, ya TUHAN. Aku akan mengenang keajaiban yang Engkau lakukan pada zaman dahulu” (ayat 12).

Dalam menangani kekecewaan, sama ada kita boleh menumpukan perhatian pada kesusahan kita atau pada Tuhan. Dia menjemput kita agar kita mencari-Nya dan melihat kebaikan, kehadiran dan kasih-Nya yang kekal kepada kita.