Rakan saya pernah menghadapi cabaran-cabaran yang susah dalam kehidupan dan keluarganya pada suatu masa. Saya berkata kepadanya bahawa saya tidak tahu apa yang harus dikatakan atau dilakukan. Dia melihat saya dan berkata, “Duduklah saja dekat saya.” Itulah yang saya lakukan, dan selepas itu kami pun bercerita tentang kasih Tuhan.
Banyak kali kita tidak tahu memberi respons apabila orang lain sedang bersedih, sementara kata-kata kita mungkin mendatangkan lebih banyak kesakitan dan bukan penghiburan. Ketika melayani seseorang, kita harus memahami dan mengetahui apa yang diperlukan oleh orang lain. Selalunya kita boleh memberikan bantuan dalam hal-hal yang praktikal. Namun, salah satu cara yang terbaik untuk menggalakkan orang yang sedang patah hati adalah hanya duduk dekat di sebelah mereka dan mendengar apa yang diluahkan mereka.
Tuhan dekat dengan kita apabila kita memanggil-Nya. Pemazmur menuliskan: “Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan. TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa” (Mazmur 34:18-19).
Kita dapat menolong mereka yang sedang bersusah hati dengan berasa seolah-olah kita berada di dalam keadaan mereka dan kita berbelas kasihan, kita boleh membantu orang yang terluka. Kita boleh duduk dekat mereka seperti Tuhan mendekati kita. Roh Kudus akan memberikan kita buah fikiran untuk mengatakan apa yang patut pada masa yang sesuai, sekiranya mereka memerlukannya.