CNN (Cable News Network) menamakan sejenis bahan terbitan grafit sebagai “bahan yang ajaib,” malah boleh mengubah masa depan kita. Grafit adalah sesuatu bahan yang hanya bersaiz senipis satu atom. Ia merupakan bahan dua dimensi yang hebat di dunia 3-D (tiga dimensi). Ia seratus kali ganda lebih kuat daripada keluli, lebih keras daripada berlian, boleh mengalirkan elektrik seribu kali lebih baik daripada kuprum, dan lebih fleksibel daripada getah.

Kemajuan teknologi seperti itu tidak melibatkan masalah moral atau mengandungi kejahatan. Namun manusia hendaklah bijak dan tahu keterbatasan dalam setiap benda yang direka untuk diri mereka.

Nabi Yesaya berkata kepada satu generasi orang Israel yang menyembah berhala buatan tangan mereka ketika mereka ditawan. Nabi Yesaya mahu umat Israel menyedari ironi dalam hal ini kerana mereka perlu menjaga berhala-berhala yang diperbuat daripada perak dan emas, serta dianggap boleh memberikan ilham, pertolongan, penghiburan dan perlindungan kepada mereka.

Hal nyata yang terjadi dalam masyarakat Israel juga terjadi dalam masyarakat kita. Tiada satu pun yang telah kita cipta atau beli boleh memenuhi keperluan-keperluan jiwa kita. Tuhan sahaja yang telah memelihara kita “sejak [kita] dilahirkan” (Yesaya 46:3-4) boleh menjaga dan memelihara kita mengharungi masa hadapan.