Dalam perlawanan golf Wanita Amerika Syarikat Terbuka 2003, Hilary Lunke yang kurang dikenali mendapat hadiah terbesar dalam golf wanita—dan suatu tempat dalam sejarah. Dia bukan sahaja memenangi piala Amerika Syarikat Terbuka dalam perlawanan penentuan 18-lubang, tetapi ia juga satu-satunya kemenangan profesionalnya. Kemenangannya yang mengejutkan dan memberi inspirasi menekankan hakikat bahawa salah satu perkara yang paling menarik mengenai sukan adalah ia tidak dapat diduga.

Bagaimanapun, hidup yang tidak dapat diduga tidak selalunya menyeronokkan. Kita merancang dan menyusun strategi. Kita membuat perancangan, anggaran dan cadangan tentang apa yang kita ingin lihat berlaku dalam hidup, tetapi sering kali semua itu hanya tekaan terbaik. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam setahun, sebulan, seminggu, atau sehari. Oleh itu, kita berdoa dan merancang, kemudian kita percaya Tuhan yang benar-benar mengetahui sepenuhnya apa yang kita tidak boleh jangka. Itulah sebabnya saya suka janji Mazmur 46:10: “ Diamlah dan ketahuilah bahawa Akulah Allah! Aku ditinggikan di antara bangsa-bangsa, ditinggikan di bumi” (Alkitab TB).

Kehidupan tidak dapat diduga. Ada terlalu banyak perkara yang saya tidak dapat mengetahui dengan pasti. Bagaimanapun, saya tahu bahawa ada Tuhan yang mengetahui segala sesuatu dan mengasihi Aku dengan mendalam. Dengan mengenal Dia, saya boleh “berdiam”—saya boleh mengalami damai.