Apabila kakak saya Carole disahkan menghidap kanser payudara, keluarga kami bimbang. Diagnosis itu, dengan pembedahan dan rawatan yang terlibat, menyebabkan kami sangat risau akan kesihatannya. Hal ini mendorong keluarga kami berdoa bagi pihaknya. Beberapa bulan berikutnya, Carole berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapinya dengan jujur. Namun kami semua sungguh gembira apabila laporan kesihatannya menunjukkan bahawa pembedahan dan rawatan telah berjaya. Carole dalam proses pemulihan!
Kemudian, kurang daripada setahun selepas itu, kakak saya Linda menghadapi pergelutan yang sama. Dengan serta-merta, Carole datang bersama Linda, membantu dia memahami apa yang akan berlaku dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Pengalaman Carole telah melengkapi dia untuk menemani Linda melalui kesukaran itu.
Inilah gesaan Paulus dalam 2 Korintus 1:3-4, “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daipada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.”
Syukurlah, Tuhan tidak membuang apa-apa. Pergelutan kita bukan sahaja memberikan peluang kepada kita untuk mengalami penghiburan-Nya, tetapi ia juga membuka pintu bagi kita untuk berkongsi penghiburan itu dengan orang lain dalam pergelutan mereka.
yang hatinya ditekan oleh kerisauan kehidupan?