“Mangga Kunci Kasih” merupakan satu fenomena yang semakin berkembang. Ribuan orang yang dilamun cinta mengunci mangga ini pada jambatan, pintu pagar, dan pagar di serata dunia, termasuk di Perancis, China, Austria, Republik Czech, Serbia, Sepanyol, Mexico, Ireland Utara. Pasangan-pasangan mengukir nama mereka di atas mangga tersebut lalu menguncinya di tempat awam untuk melambangkan kasih kekal mereka. Pihak berkuasa dari beberapa tempat yang tersebut itu tidak suka akan perbuatan mereka kerana bahaya yang boleh berlaku sekiranya terlalu banyak mangga dipasang. Sesetengah orang memandang hal ini sebagai perbuatan merosakkan harta benda awam, tetapi ada juga yang melihat perbuatan ini sebagai suatu kesenian cantik serta lambang akan kasih yang komited.

Tuhan menunjukkan “kasih setia” yang sejati di tempat awam. Dia menunjukkan kasih-Nya di atas kayu salib apabila Dia memberikan nyawa-Nya sebagai pengampunan dosa. Dia juga masih menunjukkan kasih-Nya setiap hari. Penyelamatan bukan sahaja satu janji bahawa kita akan tinggal bersama Tuhan selama-lamanya, tetapi ia juga suatu pengalaman harian tentang pengampunan, jaminan, keperluan, serta kasih anugerah dalam perhubungan kita dengan dia. Kasih Yesus untuk kita adalah dasar cabaran Paulus untuk menjalani hidup yang “dijiwai oleh kasih” kepada orang lain (Efesus 5:2).

Kasih Bapa kita membolehkan kita bersabar dan bermurah hati. Melalui Anak-Nya, Dia telah memberikan contoh terunggul serta cara untuk mengasihi satu sama lain—selama-lamanya.