Pada tahun 1966, ahli dewan negara Amerika Syarikat, Robert Kennedy membuat lawatan yang berpengaruh ke Afrika Selatan. Dia telah memberi kata-kata harapan kepada pembangkang dasar apartheid dalam ucapan terkenalnya, “Ripple of Hope” (Riak Harapan) di Universiti Cape Town. Dalam ucapan itu, dia menyatakan, “Setiap kali manusia menegakkan prinsipnya atau bertindak untuk memperbaiki hak orang lain, atau membentang ketidakadilan, dia akan memberi sedikit riak harapan dan riak itu merentasi satu sama lain dari pelbagai sumber tenaga lalu dengan berani, riak itu menghasilkan arus yang boleh menjatuhkan bentang tindasan serta persengketaan.”
Adakalanya dalam dunia ini, harapan seolah-olah amat tipis. Namun terdapat harapan terbesar yang tersedia bagi pengikut Kristus. Petrus menulis, “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita” (1 Petrus 1:3).
Melalui kepastian akan kebangkitan Kristus, anak Tuhan mempunyai pengharapan yang jauh lebih besar daripada hanya satu riak. Ini seperti arus keyakinan yang terus mengalir kerana kesetiaan-Nya yang telah menguasai maut bagi kita. Yesus, dalam kemenangan-Nya atas kematian—musuh utama kita—boleh memberi harapan kepada situasi yang paling sukar.