Seorang sahabat memberitahu saya tentang sekumpulan orang yang berkongsi keakraban iman yang teguh dalam Kristus. Salah seorang daripada mereka, seorang wanita berumur 93 tahun berkata, “Saya merasa bahawa saya boleh menelefon setiap kamu pada jam 2 pagi, dan saya tidak perlu meminta maaf sekiranya saya memerlukan apa jua jenis bantuan.” Sama ada keperluan doa, bantuan yang praktikal, mahupun sekiranya saya memerlukan seseorang pada saat susah, sahabat-sahabat inilah yang mempunyai komitmen yang sepenuhnya antara satu sama lain.
Komitmen yang serupa terpancar daripada surat Paulus kepada para pengikut Kristus di Kolose. Dalam surat yang ditulis dari penjara di Roma, Paulus berkata bahawa dia menghantar Tikhikus dan Onesimus untuk mendorong mereka (Kolose 4:7-9). Aristarkhus, Markus dan Yustus mengirim salam (ayat 10-11). Epafras juga sentiasa “berdoa dengan tekun bagi kamu. Dia memohon kepada Allah supaya iman kamu teguh, dan kamu betul-betul matang, serta taat kepada kehendak Allah dengan sepenuhnya” (ayat 12). Ini adalah dorongan penuh keyakinan akan bantuan secara praktikal dan kasih yang mendalam.
Adakah anda sebahagian daripada “kumpulan jam 2 pagi”? Jika ya, bersyukurlah untuk kesetiaan sahabat anda. Jika tidak, mintalah Tuhan untuk menemukan anda dengan orang yang dapat berkongsi komitmen dalam doa serta mengasihi sesama. Saya yakin bahawa kumpulan ini akan terus berkembang dengan penglibatan orang lain. Kongsikanlah kasih Kristus antara satu sama lain. Apa pun. Bila-bila masa. Di mana sahaja. Semua dalam nama Yesus!