Setiap orang yang tersentuh oleh sebuah muzik mendengarnya secara berbeza. Penggubah mendengarnya dalam ruang bayangannya. Para penonton mendengarnya dengan deria dan emosi mereka. Ahli-ahli orkestra yang mendengar dengan jelas bunyi instrumen yang paling dekat dengan mereka.

Dalam erti kata yang lain, kita ialah ahli-ahli orkestra Tuhan. Sering kali kita mendengar hanya muzik yang paling dekat dengan kita. Kerana kita tidak mendengar suatu persembahan yang seimbang, kita seperti Ayub yang berseru ketika dia menderita: “Sekarang aku menjadi sajak sindiran dan ejekan mereka” (Ayub 30:9, Alkitab TB).

Ayub teringat penghormatan yang diberikan oleh raja-raja dan pegawai-pegawai kepadanya. Hidupnya digambarkan dengan “ternakanku menghasilkan banyak susu, dan pokok zaitunku tumbuh walaupun di tanah berbatu” (29:6). Tetapi sekarang, dia telah menjadi sasaran pengejek. “Permainan kecapiku menjadi ratapan,” dia meratap (30:31, Alkitab TB). Namun simfoni itu mempunyai maksud yang jauh lebih mendalam. Tetapi Ayub tidak dapat mendengar keseluruhan lagu.

Mungkin hari ini anda hanya mendengar nota sedih yang dimainkan oleh biola anda sendiri. Janganlah berputus asa. Setiap butiran dalam hidup anda adalah sebahagian daripada gubahan Tuhan. Atau mungkin anda sedang mendengar bunyi seruling ceria. Puji Tuhan untuk itu dan kongsikan kegembiraan anda dengan orang lain.

Karya penebusan Tuhan ialah simfoni yang kita mainkan, dan akhirnya semua akan bekerja bersama-sama untuk tujuan-Nya yang baik. Tuhan ialah penggubah bagi hidup kita. Lagu-Nya sempurna, dan kita boleh percaya kepada-Nya.