Pada abad yang lalu, Oswald Chambers yang berusia 41 tahun tiba di Mesir untuk melayani sebagai paderi YMCA kepada pasukan tentera Komanwel British semasa Perang Dunia I. Dia ditugaskan di sebuah kem di Zeitoun, 9 kilometer ke utara Kaherah. Pada malam pertama di sana, Oktober 27, 1915, Chambers menulis dalam diarinya, “[Kawasan] ini adalah benar-benar belantara di tengah-tengah tentera dan peluang yang mulia bagi kaum lelaki. Ia amat berbeza dengan apa yang saya biasa, dan saya memerhati dengan minat terhadap perkara-perkara baharu yang akan dilakukan dan diatur oleh Tuhan.”
Chambers percaya dan melakukan kata-kata dalam Amsal 3:5-6: “Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu” (Amsal 3:5-6).
Perkara ini menjadi penghiburan dan juga cabaran. Kita boleh mengalami keselamatan kerana mengetahui bahawa Tuhan akan memimpin kita setiap hari, tetapi kita tidak boleh terlalu terikat pada rancangan kita sendiri sehingga kita menolak pengarahan semula Tuhan atau masa-Nya.
“Kita tidak berhak untuk menghakimi kedudukan yang kita seharusnya ditempatkan, atau mempunyai andaian tentang apa yang disediakan Tuhan untuk kita,” kata Chambers. “Tuhan mengatur segala-galanya. Di mana pun Dia meletakkan kita, matlamat terbesar kita adalah untuk mencurahkan kesetiaan sepenuh hati kepada-Nya dalam kerja tertentu itu.”