Di dalam kitab Markus, kita membaca mengenai ribut yang dahsyat. Para pengikut bersama-sama Yesus di dalam perahu untuk menyeberangi Tasik Galilea. Apabila “angin kencang bertiup,” para pengikut—di kalangan mereka terdapatnya beberapa orang nelayan yang berpengalaman—takut kehilangan nyawa mereka (4:37-38). Adakah Tuhan tidak peduli? Bukankah mereka dipilih oleh Yesus dan paling rapat dengan-Nya? Bukankah mereka mentaati Yesus yang menyuruh mereka “menyeberang tasik”? (ayat 35). Mengapa pula mereka melalui masa yang bergelora?
Tiada sesiapa pun yang terkecuali daripada badai kehidupan. Tetapi seperti para pengikut yang pada mulanya takut akan badai, mereka kemudian lebih takut kepada Kristus, maka badai yang kita hadapi boleh membawa kita kepada pengenalan yang lebih mendalam tentang Tuhan. “Siapakah orang ini?” para pengikut berfikir, “Angin dan ombak pun taat kepadanya!” (ayat 41). Melalui ujian, kita boleh belajar bahawa tidak ada ribut yang cukup besar boleh menghalang Tuhan daripada mencapai kehendak-Nya (5:1).
Walaupun kita mungkin tidak memahami sebab Tuhan membenarkan pencubaan memasuki kehidupan kita, namun kita bersyukur kepada-Nya kerana melalui semua itu kita dapat mengenal siapa Dia. Kita hidup untuk melayani-Nya kerana Dia telah memelihara kehidupan kita.