Pada tahun 2014, seorang pengkaji di Universiti California menggunakan satu patung anjing untuk menunjukkan bahawa binatang juga boleh berasa cemburu. Profesor Christine Harris meminta beberapa pemilik anjing untuk menunjuk rasa kasih sayang kepada patung binatang di hadapan binatang peliharaan mereka. Dia mendapati bahawa tiga perempat daripada binatang-binatang tersebut memberikan respons iri hati. Ada pula berusaha menarik perhatian dengan menyentuh atau menolak pemiliknya dengan lembut. Ada pula yang cuba menolak pemiliknya menjauhi patung itu. Ada yang bertindak berlebihan dengan menggigit patung saingan mereka.
Bagi anjing, rasa cemburu kelihatan menyenangkan hati. Bagi manusia pula, ia akan mengakibatkan kesan yang kurang menyenangkan. Namun, seperti diperingatkan oleh Musa dan Paulus, kita masih terdapat satu lagi kecemburuan—kecemburuan yang begitu indah sekali kerana ia memperlihatkan hati Tuhan kepada kita.
Sewaktu Paulus menulis kepada gereja di Korintus, dia berkata, “Sebab aku cemburu kepada kamu dengan cemburu ilahi” (2 Korintus 11:2, Alkitab TB). Dia tidak mahu mereka “dirosakkan sehingga [mereka] tidak lagi setia kepada Kristus” (ayat 3). Kecemburuan atau kepedulian seperti ini menampakkan hati Tuhan yang berkata kepada Musa dalam Sepuluh Hukum, “sebab Aku, Tuhan, Allahmu, adalah Allah yang cemburu” (Keluaran 20:5, Alkitab TB).
Kecemburuan Tuhan tidak sama dengan kasih kita yang bersifat mementingkan diri. Hati-Nya menyatakan perlindungan yang kuat terhadap umat kepunyaan-Nya melalui penciptaan dan penyelamatan. Dia telah menciptakan dan menyelamatkan kita untuk mengenal dan bergirang di hadirat-Nya selama-lamanya. Bagaimana mungkin kita meminta lebih lagi selain Tuhan yang sangat mengasihi kita—dan cemburu—demi kebahagiaan kita?