Dalam setiap bidang, satu anugerah dianggap sebagai lambang pengiktirafan dan kejayaan. Contohnya pingat emas Olimpik, Anugerah Grammy, Anugerah Akademi atau Hadiah Nobel adalah antara anugerah-anugerah yang “besar.” Namun ada sebuah hadiah yang dapat diperolehi oleh setiap orang.

Rasul Paulus amat biasa dengan pertandingan olahraga pada abad pertama, bahawa setiap atlet akan memberikan sepenuh usaha mereka untuk memenangi hadiah. Dengan ada pemikiran ini, dia menulis kepada sekumpulan pengikut Kristus di Filipi: “ … semua yang dahulu aku anggap sebagai menguntungkan, kini merugikan” (Filipi 3:7). Mengapa? Ini kerana hatinya telah mendukung satu sasaran yang baru: “Inilah satu-satunya keinginanku: mengenal Kristus dan mengalami kuasa yang membangkitkan Dia daripada kematian, turut menderita dengan Dia” (ayat 10) dan Paulus berkata, “Tetapi aku terus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh Kristus Yesus. Itulah tujuan Kristus Yesus menjadikan aku milik-Nya” (ayat 12). Hadiah yang dikurniakan kepadanya kerana dia telah mengakhiri pertandingan yang baik adalah “hadiah kemenangan” (2 Timotius 4:8).

Setiap kita dapat menyasarkan hadiah yang sama itu kerana kita memuliakan Tuhan dengan mengejar hadiah ini. Setiap hari dalam tugas-tugas seharian kita yang biasa, kita sedang bergerak mendekati “hadiah yang besar”—“Hadiah itu hidup sejati dan kekal yang merupakan panggilan Allah kepadaku melalui Kristus Yesus” (Filipi 3:14).