Sewaktu menonton persembahan bunga api dalam satu perayaan di bandar kami, perhatian saya teralih kepada sudut lain. Di sebelah kanan dan kiri daripada acara utama, terdapat bunga api yang lebih kecil muncul sekali-sekala. Ia adalah cantik tetapi melihat bunga api yang kecil itu telah membuat saya terlepas pandang beberapa bahagian daripada acara utama yang benar-benar berada di atas saya yang jauh lebih menakjubkan.
Kadangkala perkara yang baik mengambil perhatian kita daripada sesuatu yang lebih baik. Itu berlaku dalam kehidupan Marta dan ceritanya tertulis dalam Lukas 10:38-42. Sewaktu Yesus dan para pengikut-Nya tiba di perkampungan Betania, Marta mengundang mereka ke rumahnya. Sebagai tuan rumah yang baik, itu bererti seseorang harus menyediakan makanan kepada para tetamu, maka kita janganlah terlalu mempersalahkan Marta.
Apabila Marta mengadu bahawa Maria tidak membantu, Yesus membela keputusan Maria yang memilih untuk duduk dekat kaki-Nya. Namun, Yesus bukan berkata bahawa Maria lebih mementingkan hal rohani daripada Marta. Sekali-sekala Marta kelihatan lebih percaya kepada Yesus jika dibandingkan dengan iman Maria (Yohanes 11:19-20). Yesus juga tidak mengkritik tindakan Marta yang mahu menjaga keperluan jasmani mereka. Perkara sebenar yang Tuhan mahu Marta ketahui adalah dalam kesibukan pelayanan kita, mendengar-Nya merupakan acara yang utama.