Kepakaran Macarena Valdes dalam melakarkan peta lombong di bawah tanah telah banyak membantu dalam misi menyelamat 33 orang pelombong Chile yang terperangkap selepas satu letupan tercetus pada bulan Oktober 2010. Usaha menggerudi untuk mencari lokasi tepat para pelombong tersebut yang terperangkap adalah seperti “menembak seekor lalat dari jarak 700 meter,” dia berkata. Dengan pengalamannya dalam pelombongan, Valdes berjaya memimpin gerudi tersebut pergi ke lokasi pelombong itu ditimbus, lalu menyelamatkan mereka keluar secara dramatik.
Dalam usaha menjalankan penyelamatan secara rohani pula, memang sangat mudah untuk kita menjadi tawar hati. Walaupun rasul Paulus menghadapi cabaran yang lebih besar, dia berkata, “ … kami tidak patah semangat” (2 Korintus 4:1). Walaupun “Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup” supaya “mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka,” dia tetap menyebarkan Berita Baik tentang penyelamatan (ayat 4-5). Oleh sebab Tuhan berfirman tentang cahaya yang akan bersinar daripada kegelapannya (ayat 6), Paulus tahu bahawa apa yang telah dilakukan Tuhan untuknya juga akan dilakukan-Nya untuk orang lain.
Anda dan saya mungkin mempunyai cerita yang serupa. Oleh sebab kita dikuasai oleh kuasa Kristus , kita juga mempunyai sebab untuk tidak berputus asa. Seperti Macarena yang memimpin misi menyelamatkan para pelombong, Roh Tuhan juga dapat membawa cahaya kasih serta kata-kata kita ke dalam hati mereka yang sebenarnya memerlukan penyelamatan tetapi belum lagi memahaminya.