Si Pemain Dram
“The Little Drummer Boy” (Si Pemain Dram yang Kecil) adalah satu lagu Krismas terkenal yang ditulis pada tahun 1941. Pada asalnya lagu itu dikenali sebagai “Carol of the Drum” (Lagu Natal Dram) dan ditulis berdasarkan sebuah lagu tradisi orang berbangsa Czech. Walaupun tiada rujukan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dram dalam cerita Krismas, iaitu catatan dalam kitab Matius 1–2 dan Lukas 2, maksud lagu tersebut terarah kepada makna sebenar menyembah. Lagu itu menceritakan seorang kanak-kanak lelaki dipanggil oleh ahli-ahli kaji bintang untuk pergi ke tempat kelahiran Yesus. Oleh sebab si pemain dram ini tidak mempunyai hadiah (seperti yang dibawakan oleh ahli-ahli kaji bintang)—dia memberikan apa yang dimilikinya. Dia mula bermain dram, sambil berkata, “Saya memberikan persembahan yang terbaik untuk Dia.”
Kasih Yang Ajaib
Menjelang Krismas pertama selepas suaminya meninggal dunia, sahabat kami, Davidene telah menulis satu surat yang menarik untuk membayangkan keadaan di syurga semasa Yesus dilahirkan di bumi. “Sememangnya Tuhan sudah tahu bahawa hal ini akan berlaku,” dia menulis. “Bapa, Anak, dan Roh Allah ialah Tritunggal, tetapi Dia membenarkan kesatuan yang amat berharga ini terpecah demi umat manusia. Syurga dibiarkan kosong dengan ketiadaan Anak Tuhan.”
Pax Romana
Tiada sesiapa pun dapat menanggung akibat daripada perang. Kini banyak negara sedang terlibat dalam konflik bersenjata. Bila dan bagaimanakah perang itu akan berakhir? Kita menginginkan kedamaian, tetapi tidak mahu keadilan dikorbankan.
Rangkap Ketujuh
Pada musim panas tahun 1861, isteri kepada Henry Wadsworth Longfellow, iaitu Frances, telah meninggal dunia dalam satu kebakaran yang tragik. Pada Krismas yang pertama tanpa kehadiran isteri, Henry menulis dalam diarinya, “Alangkah sedihnya musim cuti ini.” Tahun berikutnya keadaan masih sama, seperti yang direkodkan dalam diari, “ ‘Krismas adalah musim gembira,’ kata anak-anak, tetapi tidak lagi gembira bagi saya.”
Meminta Tolong Dalam Kegelapan
Anjing kami, seekor anjing terrier putih West Highland yang tua selalu tidur di kaki katil kami. Di situlah tempat tidurnya selama 13 tahun.
Rehat pada Musim Krismas
Pada waktu kecil, saya menghantar surat khabar untuk mendapatkan duit. Oleh sebab ia adalah akhbar siang, saya mesti bangun pada pukul 3:00 pagi setiap hari, 7 hari seminggu, supaya kesemua 140 surat khabar siap dihantar ke setiap rumah sebelum jam 6:00 pagi.
Kuduslah Nama-Mu
Pada suatu petang, saya sedang berbincang tentang penyalahgunaan nama Tuhan dengan seorang kawan yang saya anggap sebagai mentor rohani. “Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat,” hukum ketiga mengatakan (Keluaran 20:7). Kita mungkin berfikir bahawa hal ini berkaitan dengan menggunakan nama Tuhan dalam perkataan sumpah atau menggunakannya secara tidak serius dan tidak hormat. Mentor saya jarang melepaskan peluang untuk mengajar saya tentang iman sebenar. Dia mencabar saya untuk berfikir tentang cara-cara lain yang kita menyalahgunakan nama Tuhan.
Kepentingan “Bagaimana?”
Semasa saya masih belajar di Sekolah Alkitab, saya dan sahabat saya, Charlie, bekerja di sebuah kedai perabot. Kami sering membuat penghantaran dengan diiringi oleh juruhias dalaman yang akan bercakap dengan para pembeli perabot, sementara kami mengangkat perabot tersebut masuk ke dalam rumah mereka. Adakalanya kami terpaksa membawa perabot dan menaiki tangga di dalam bangunan pangsapuri yang tinggi. Saya dan Charlie selalunya berfikir, alangkah baiknya jikalau kami yang mendapat jawatan juruhias dan bukannya penghantar!
Mari Kita Rayakan
Selepas Asamoah Gyan, yang berasal dari Ghana, menjaringkan gol semasa berlawan dengan Jerman dalam Piala Dunia 2014, dia dan rakan-rakannya menari bersama-sama. Apabila pemain Jerman, Miroslav Klose menjaringkan gol beberapa minit kemudian, dia berlari lalu membuat lompatan putaran. “Meraihkan jaringan bola ini adalah menarik kerana ia menunjukkan perwatakan, ciri-ciri serta keghairahan para pemainnya,” kata Clint Mathis, yang pernah membuat jaringan untuk Amerika Syarikat dalam Piala Dunia tahun 2002.