Dalam dua novelnya The Trial dan The Castle, Franz Kafka (1883-1924) menggambarkan kehidupan telah memaksa manusia kehilangan kemanusiaan, sehingga mengubah ramai sekali orang menjadi wajah-wajah kosong yang tiada identiti atau nilai. Kafka berkata, “Kehidupan ini bagaikan tali pengangkut, anda akan terus maju, namun tiada sesiapa yang tahu ke mana. Anda hanya merupakan sesuatu objek, benda, bukannya makhluk yang hidup.”
Pada awal pelayanan Yesus, Dia pergi ke rumah ibadat di Nasaret, berdiri di hadapan orang ramai, lalu memetik kitab Yesaya: “Roh Tuhan ada pada-Ku. Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan Berita Baik kepada orang miskin. Dia mengutus Aku supaya mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, kesembuhan bagi orang buta; dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas, serta mengisytiharkan masanya Tuhan menyelamatkan umat-Nya” (Lukas 4:18-19).
Kemudian Kristus duduk dan mengisytiharkan, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya” (ayat 21). Berabad-abad sebelum ini, nabi Yesaya telah mengisytiharkan kata-kata ini (Yesaya 61:1-2). Sekarang Yesus mengumumkan bahawa Dialah yang menepati janji itu.
Yesus datang untuk menyelamatkan orang yang miskin, patah hati, tawanan, buta dan tertindas. Dia datang adalah untuk orang yang kehilangan kemanusiaan disebabkan oleh dosa, penderitaan, kehancuran dan kesedihan. Dia datang untuk kita!
Bagi mereka yang menderita kerana dosa.
Bagi mereka yang berdosa untuk mengurangkan penderitaan.
Tuhan, kasihanilah kami.
Robert Gelinas, The Mercy Prayer (Doa Belas Kasihan)
Yesus mengasihi setiap kita seperti kita anak satu-satu-Nya.