Baru-baru ini, saya berjumpa dengan seorang wanita yang menggunakan seluruh tenaganya. Dia mendaki gunung, berhadapan dengan kematian, bahkan memecahkan rekod dunia Guinness. Sekarang dia menghadapi cabaran yang berbeza—membesarkan anaknya yang kurang upaya. Keberanian dan keimanan yang digunakannya semasa mendaki gunung kini dicurahkannya untuk menjadi seorang ibu.
Dalam 1 Korintus, rasul Paulus menyebut tentang peserta dalam perlumbaan. Selepas menggesa jemaah yang mengutamakan hak-hak mereka supaya bertimbang rasa terhadap satu sama lain (Fasal 8), dia menerangkan bahawa dia melihat cabaran menunjukkan kasih dan pengorbanan diri sebagai daya ketahanan pelari maraton (Fasal 9). Sebagai pengikut Yesus, mereka harus melepaskan hak-hak mereka untuk mentaati-Nya.
Sebagaimana ahli olahraga melatihkan badan mereka supaya mereka mendapat hadiah, kita juga melatihkan badan dan minda kita supaya jiwa kita sihat. Apabila kita meminta Roh Kudus untuk mengubah kita, dari semasa ke semasa, kita meninggalkan cara hidup kita yang lama. Oleh sebab kita diberi kuasa oleh Tuhan, kita dapat berhenti mengeluarkan kata-kata kejam. Kita mengetepikan alat elektronik dan bersama-sama dengan kawan-kawan kita. Kita tidak semestinya berkeras dengan pendapat kita dalam perselisihan.
Sebagaimana kita melatihkan diri untuk berjalan bersama dengan Roh Kristus, bagaimanakah Tuhan hendak membentuk kita pada hari ini?
Amy Boucher Pye ialah seorang penulis, editor, dan penceramah. Dia penulis buku Finding Myself in Britain: Our Search for Faith, Home, and True Identity. Dia mengurus kelab buku Woman Alive di United Kingdom dan hidup bahagia dengan keluarganya di kediaman vikar Inggeris.