Sebagai peminat bola sepak Amerika bagi pasukan Cleveland Browns sepanjang hidup saya, saya membesar dan turut merasakan kekecewaan. Walaupun Browns merupakan salah satu antara empat pasukan yang tidak pernah memasuki Pertandingan Kejohanan Super Bowl, Browns masih mempunyai kumpulan peminat setia yang menyokong mereka setiap tahun. Oleh sebab peminat-peminat ini selalu kecewa, ramai daripada mereka menggelar stadium tempatan mereka sebagai “Kilang Kesedihan.”

Dunia hancur yang menjadi tempat tinggal kita juga boleh dianggap sebagai “kilang kesedihan.” Terdapat kesedihan dan kekecewaan yang tidak berkesudahan, sama ada akibat pilihan kita sendiri ataupun perkara yang di luar kawalan kita.

Namun, pengikut Kristus mempunyai harapan—bukan hanya dalam kehidupan yang akan datang tetapi untuk hari ini. Yesus berkata, “Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia” (Yohanes 16:33). Perhatikan bahawa tanpa mengurangkan kesedihan dan pergelutan yang kita hadapi, Kristus membalas semua itu dengan janji-Nya untuk memberikan kedamaian, sukacita, dan kemenangan terakhir.

Kesejahteraan yang agung terdapat dalam Kristus, dan ia lebih daripada cukup untuk membantu kita mengharungi apa-apa cabaran dalam kehidupan.