Pada satu hari, anak lelaki kawan saya mengambil keputusan untuk memakai jersi sukan di atas pakaian seragam sekolah. Dia ingin menunjukkan sokongan kepada pasukan kegemarannya yang akan bertanding dalam perlawanan penting pada malam nanti. Sebelum dia keluar dari rumah, dia memakai sesuatu di atas pakaian jersinya, iaitu seutas rantai dengan loket yang tertulis “Yesus”. Tindakan yang sederhana ini memperlihatkan satu kebenaran yang lebih mendalam: Yesus layak mendapat tempat pertama di atas segala-galanya dalam kehidupan kita.

Yesus berada di atas segala-galanya. “Kristus sudah ada, sebelum segala sesuatu ada. Kerana Dia juga, segala sesuatu mempunyai tempat yang bersesuaian” (Kolose 1:17). Yesus adalah lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan (ayat 15-16). Dialah “kepala jemaah, iaitu tubuh-Nya”(ayat 18). Oleh itu, Dia sepatutnya mendapat tempat pertama dalam segala-galanya.

Apabila kita memberikan Yesus tempat terhormat yang pertama dalam setiap aspek kehidupan kita, kebenaran ini dilihat oleh individu di sekeliling kita. Dalam alam pekerjaan, adakah kita berusaha pertama-tama untuk Tuhan atau hanya untuk menyenangkan hati majikan kita? (3:23). Bagaimanakah kita menonjolkan standard Tuhan dalam cara kita memperlakukan orang lain? (ayat 12-14). Adakah kita meletakkan-Nya di tempat pertama dalam kehidupan kita dan menjalani aktiviti kegemaran kita?

Apabila Yesus merupakan pengaruh terbesar di atas segala-galanya, Dia akan memiliki kedudukan yang sepatutnya dalam hati kita.