Dalam bukunya tentang bahasa, diplomat British Lancelot Oliphant (1881–1965) mendapati bahawa ramai pelajar memberikan jawapan betul dalam ujian tetapi gagal mempraktikkan ajaran yang telah dipelajari. “Pengetahuan yang tidak diterapkan ini tidak begitu berguna,” kata Oliphant.
Penulis Barnabas Piper mendapati satu persamaan dalam kehidupannya sendiri: “Saya menganggap bahawa saya rapat dengan Tuhan kerana saya mengetahui segala jawapan,” katanya, “tetapi saya telah menipu diri sendiri dengan memikirkan bahawa mengetahui segala jawapan adalah sama dengan mempunyai hubungan dengan Yesus.”
Pada suatu hari di Rumah Tuhan, Yesus menemui orang yang menganggap mereka mempunyai semua jawapan yang betul. Dengan angkuh mereka mengumumkan status mereka sebagai keturunan Abraham tetapi mereka enggan percaya kepada Anak Tuhan.
“Jika kamu benar-benar anak-anak Abraham,” kata Yesus, “tentu kamu akan melakukan apa yang dilakukan oleh Abraham” (Yohanes 8:39). Apa yang dilakukan olehnya? “Abram percaya kepada TUHAN, maka TUHAN berkenan kepadanya” (Kejadian 15:6). Namun, pendengar-pendengar Yesus enggan mempercayainya. “Bapa kami hanya satu, iaitu Allah sendiri,” mereka berkata (Yohanes 8:41). Yesus menjawab, “Orang yang berasal daripada Allah mendengar firman Allah. Tetapi kamu bukan daripada Allah, itulah sebabnya kamu tidak mahu mendengar firman-Nya” (ayat 47).
Piper mengingat kembali kehidupannya yang rosak sebelum dia “menemui rahmat Tuhan dan peribadi Yesus dengan begitu mendalam.” Apabila kita mengizinkan kebenaran Tuhan untuk mengubah kehidupan kita, kita memperoleh lebih banyak manfaat daripada jawapan yang betul. Malah kita boleh hidup mencontohi Yesus agar orang di dunia ini boleh mengenal Dia.
tetapi menerima kehidupan daripada Tuhan.