Charlie Sifford merupakan nama yang penting dalam kesukanan Amerika. Pada tahun 1961, ketika America Syarikat menghapuskan undang-undang “orang putih” sahaja yang boleh melibatkan dalam pertandingan golf, dia menjadi pemain pertama daripada keturunan Amerika-Afrika yang bertanding dalam Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA). Walaupun Sifford harus menanggung diskriminasi ras dan gangguan, dia masih menjuarai pertandingan peringkat tertinggi sebanyak dua kali. Pada tahun 2004, dia juga merupakan orang Amerika-Afrika yang pertama diiktiraf masuk ke Dewan Kemasyhuran Golf Sedunia. Charlie Sifford membuka peluang kepada pemain profesional golf yang berbilang kaum.
Membuka peluang juga merupakan tema utama dalam misi mengkhabarkan berita baik. Yesus berkata, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah. Ajarlah mereka mentaati segala yang sudah Aku perintahkan. Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman” (Matius 28:19-20).
Perkataan semua bangsa (ayat 19) berasal daripada perkataan bahasa Yunani ethnos, yang juga merupakan kata dasar bagi etnik. Dengan kata lain, “Pergilah kepada semua etnik di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku.” Karya Yesus di kayu salib telah membuka jalan agar semua orang boleh datang kepada Bapa.
Sekarang kita mempunyai keistimewaan untuk mengasihi orang lain kerana Tuhan telah mengasihi kita. Kita boleh membuka peluang kepada sesiapa yang tidak pernah terfikir bahawa Tuhan sendiri akan menyambut mereka ke dalam rumah dan keluarga-Nya.
untuk menyambut semua orang yang percaya kepada-Nya.