Berita itu menjadikannya kaku. Air mata mengalir dengan serta-merta dan dia tidak dapat menahannya. Fikirannya dibanjiri soalan, dan ketakutan mula mengancamnya. Sebelum itu, kehidupan berjalan dengan begitu baik, tetapi tiba-tiba semua itu telah terganggu dan diubah selamanya tanpa sebarang amaran.
Tragedi boleh melanda dalam banyak bentuk—kehilangan orang yang kita kasihi, dihidapi penyakit, kehilangan kekayaan atau nafkah. Perkara ini boleh berlaku kepada siapa-siapa pada bila-bila masa sahaja.
Walaupun nabi Habakuk sudah mengetahui bahawa tragedi akan datang, ketakutan masih menikam hatinya. Semasa dia menunggu kedatangan harinya Babel akan menyerang kerajaan Yehuda, hatinya gementar, bibirnya bergetar, dan kakinya lemah (Habakuk 3:16).
Ini merupakan emosi semula jadi untuk berasa takut apabila kita menghadapi tragedi, tetapi emosi ini tidak seharusnya melumpuhkan kita. Apabila kita tidak memahami pencubaan yang kita sedang alami, kita boleh mengimbas kembali pekerjaan Tuhan dalam sejarah (ayat 3-15). Hal itulah yang dilakukan oleh Habakuk. Walaupun mengimbas kembali sejarah tidak menghilangkan ketakutan Habakuk, tetapi hal itu memberikan dia keberanian untuk mara ke depan dengan memilih untuk memuji Tuhan (ayat 18).
Tuhan kita yang telah membuktikan bahawa Dia setia selama ini akan selalu menyertai kita. Oleh sebab sifat-Nya tidak berubah, dalam ketakutan pun kita dapat berkata dengan suara iman yang yakin bahawa, “Engkaulah TUHAN Raja yang memberi aku kekuatan!” (ayat 19).