Sebuah artikel dalam jurnal Surgical Technology International (Teknologi Pembedahan Antarabangsa) melaporkan, orang yang melihat telefon pintar dengan menunduk kepala ke hadapan sama dengan menggantungkan sesuatu benda yang seberat 27.2 kg pada leher anda. Apabila kita menganggap bahawa berjuta-juta orang di seluruh dunia ini menggunakan rata-rata 2-4 jam saban hari untuk membaca dan menjawab pesanan ringkas. Akibatnya, kesakitan pada leher dan tulang belakang telah menjadi masalah kesihatan badan yang semakin meningkat.
Kita juga mungkin mudah bertunduk secara rohani oleh beban-beban dalam kehidupan. Begitu kerapnya kita berasa tawar hati kerana masalah yang kita hadapi dan keperluan daripada orang yang kita kasihi. Pemazmur memahami beban masalah ini tetapi dia masih melihat pengharapan apabila dia menulis “Dialah Allah yang mencipta langit, bumi, dan laut, serta isi semuanya—[Dia] sentiasa menepati janji-Nya. Dia membela hak orang yang tertindas, dan Dia memberikan makanan kepada orang yang lapar. TUHAN membebaskan orang tawanan, dan mencelikkan mata orang buta. Dia menguatkan orang yang putus harapan; Dia mengasihi umat yang taat kepada-Nya (Mazmur 146:6-8).
Apabila kita merenungkan penjagaan Tuhan, kuasa-Nya yang besar dan kasih-Nya, kita boleh mula memandang ke syurga dan memuji Dia. Kita boleh menjalani kehidupan setiap hari dengan mengetahui bahawa “TUHAN ialah raja selama-lamanya … akan memerintah sepanjang masa” (ayat 10).
Dia mengangkat kita apabila kita tunduk ke bawah. Puji Tuhan!
memberikan nyanyian baru dalam hati anda.