Kabin vintaj yang dibina secara mahir dengan menggunakan kayu balak yang sudah dipotong, layak dipaparkan pada kulit depan sebuah majalah. Namun, bukan sahaja struktur kabin itu yang begitu unik. Di dalam kabin, barang pusaka keluarga digantung pada dinding, mengisi seluruh rumah dengan kenangan. Di atas meja terletaknya sebuah bakul telur anyaman, sebuah dulang biskut yang kuno, serta sebuah pelita. Sebuah topi jenis pork pie pula diletakkan di pintu depan. “Ada cerita di sebalik segala-galanya,” kata pemilik dengan bangga.
Apabila Tuhan memberikan arahan tentang membina Khemah Tuhan kepada Musa, terdapat sebuah “cerita” di sebalik segala-galanya (Keluaran 25–27). Khemah ini hanya mempunyai satu pintu masuk, seperti kita juga hanya mempunyai satu cara untuk menemui Tuhan (Lihat Kisah Rasul-Rasul 4:12). Tirai dalaman yang tebal telah memisahkan orang dari Bilik Maha Suci, iaitu tempat hadirat Tuhan: Dosa kita memisahkan kita daripada Tuhan. Di dalam Bilik Maha Suci, terdapat tabut perjanjian yang melambangkan hadirat Tuhan. Imam agung merupakan perintis bagi Imam yang jauh lebih agung—Yesus sendiri. Darah daripada korban-korban binatang memberikan petanda tentang pengorbanan Kristus yang sempurna: “Ketika Kristus memasuki Bilik Maha Suci sekali sahaja untuk selama-lamanya, … Tetapi Dia membawa darah-Nya sendiri, dan dengan demikian Dia membebaskan kita selama-lamanya” (Ibrani 9:12).
Kesemua perkara ini mengatakan cerita Kristus dan pekerjaan yang disiapkan-Nya untuk kita. Dia melakukan perkara sebegitu supaya “orang yang sudah dipanggil oleh Allah boleh menerima berkat kekal yang sudah dijanjikan oleh Allah” (ayat 15). Yesus menjemput kita untuk menjadi sebahagian dalam cerita-Nya.