Michelangelo Merisi da Caravaggio (1571-1610), seorang artis Itali, terkenal dengan sifat panas barannya dan teknik yang tidak mengikut kelaziman. Dia memakai pekerja yang biasa sebagai model dan mampu membuatkan orang yang melihat karya-karya lukisannya berasa bahawa mereka juga menjadi sebahagian dalam lukisan itu. Gambar Supper at Emmaus (Makan Malam di Kota Emaus) menunjukkan seorang pengurus rumah penginapan berdiri sementara Yesus dan dua pengikut-Nya duduk di meja. Mereka mengenali Dia sebagai Tuhan yang bangkit daripada kematian (Lukas 24:31). Seorang pengikut ingin berdiri manakala pengikut yang satu lagi membuka lebar tangannya dengan penuh kekaguman.
Lukas yang merekodkan semua peristiwa dalam kitab injilnya memberitahu kita bahawa dua lelaki itu pulang dengan serta-merta ke Yerusalem, tempat yang mereka mendapati sebelas orang pengikut sedang berkumpul dengan pengikut yang lain lalu berkata, “ ‘Memang benar Tuhan sudah bangkit! Dia sudah menampakkan diri kepada Simon!’ Lalu kedua-dua orang pengikut itu menerangkan apa yang berlaku di tengah jalan dan bagaimana mereka mengenali Tuhan pada masa Dia membahagi roti” (ayat 33-35).
Oswald Chambers berkata, “Yesus jarang menampakkan diri dalam keadaan yang kita harapkan; sebaliknya Dia muncul pada saat yang paling tidak dijangka, dan sentiasa dalam keadaan yang paling tidak logik. Satu-satunya cara orang percaya boleh tetap setia terhadap Tuhan adalah bersiap sedia untuk menerima lawatan Tuhan yang mengejut.
Walau mana pun jalan yang kita berada pada hari ini, semoga kita bersiap sedia apabila Yesus menampakkan diri-Nya kepada kita dengan cara yang baru dan mengejut.
kita mesti rela untuk mencari wajah-Nya.