Tiada sesiapa pun yang akan menganggap bahawa askar-askar Babilonia kuno sebagai budiman. Mereka kejam, tabah, dan berniat jahat, malah mereka menyerang negara lain seperti helang menyambar mangsa. Mereka bukan sahaja berkuasa, mereka juga bersikap sombong. Mereka boleh dikatakan memuja keupayaan mereka dalam pertempuran. Pada hakikatnya, Alkitab mengatakan bahawa mereka “mendewakan kekuatan sendiri” (Habakuk 1:11).

Tuhan tidak menginginkan sifat bergantung pada diri sendiri menjangkiti tentera Israel apabila mereka bersiap sedia untuk menempur orang Midian. Maka Tuhan memberitahu Gideon, panglima tentera Israel, “Anak buahmu terlalu banyak. Aku tidak mahu memberi mereka kemenangan atas orang Midian. Nanti mereka akan berfikir bahawa mereka menang kerana kekuatan mereka sendiri, sehingga tidak memuliakan Aku” (Hakim-Hakim 7:2). Oleh itu, Gideon membenarkan sesiapa yang berasa takut meninggalkan medan pertempuran itu. Oleh itu dua puluh dua ribu orang pulang, hanya sepuluh ribu orang yang tinggal. Tuhan terus mengurangkan jumlah askar sehingga 300 orang (ayat 3-7).

Jumlah askar dikurangkan bermaksud jumlah askar Israel adalah jauh lebih kurang daripada musuh mereka yang menghuni di lembah yang berdekatan, malah tersebar di seluruh lembah itu seperti “kawanan belalang” (ayat 12). Walau bagaimanapun, Tuhan memberikan kemenangan kepada tentera Gideon.

Kadangkala, Tuhan mungkin mengizinkan sumber kita menyusut supaya kita boleh bergantung kepada kekuatan-Nya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan kita menonjolkan kekuatan-Nya, tetapi Dia adalah Tuhan yang berfirman, “Aku akan menguatkan dan menolong kamu; Aku akan melindungi dan menyelamatkan kamu” (Yesaya 41:10).