Month: Mac 2016

Berpaling Daripada Godaan

Apabila bapa saya menjadi Kristian pada umur yang lanjut, dia mengagumkan saya dengan rancangannya untuk mengatasi cubaan. Kadangkala dia terus meninggalkannya! Sebagai contoh, apabila dia mempunyai percanggahan pendapat dengan jirannya dan akhirnya mereka mula bergaduh, bapa saya terus meninggalkan tempat itu untuk sementara supaya tidak dicubai untuk meneruskan pergaduhan itu.

Pengulangan Yang Positif

Seorang wartawan mempunyai tabiat yang aneh—dia tidak memakai pen biru. Maka apabila rakan sekerja bertanya kepadanya jika dia ingin membeli sebarang benda, dia meminta rakan itu membelikannya pen. “Tetapi saya tidak mahu pen biru,” katanya. “Saya tidak memakai pen biru. Saya tidak suka biru. Biru adalah warna yang seakan-akan terlalu berat bagi saya. Oleh itu, sila belikan saya 12 batang pen mata bulat—sebarang warna kecuali warna biru!” Pada keesokan hari, rakan sekerja itu memberikannya pen itu—kesemua pen itu adalah pen berdakwat biru. Rakan sekerja itu pun menerangkan, “Kamu asyik menyebut tentang ‘biru, biru.’ Itulah perkataan yang meninggalkan tanggapan yang mendalam!” Pengulangan kata-kata wartawan itu menimbulkan satu kesan, tetapi tidak mendatangkan hasil yang diinginkannya.

Amat Dikasihi

Beberapa tahun yang lalu, pejabat saya terletak di Boston, Amerika Syarikat yang menghadap ke Tanah Perkuburan Granary, tempat perkuburan bagi ramai pahlawan Amerika yang terkenal. Antaranya ialah John Hancock dan Samuel Adams, dua penanda tangan bagi Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, dan tidak jauh daripada kubur mereka ialah kubur Paul Revere, seorang patriot sewaktu Revolusi Amerika.

Pandang Ke Atas

Sebuah artikel dalam jurnal Surgical Technology International (Teknologi Pembedahan Antarabangsa) melaporkan, orang yang melihat telefon pintar dengan menunduk kepala ke hadapan sama dengan menggantungkan sesuatu benda yang seberat 27.2 kg pada leher anda. Apabila kita menganggap bahawa berjuta-juta orang di seluruh dunia ini menggunakan rata-rata 2-4 jam saban hari untuk membaca dan menjawab pesanan ringkas. Akibatnya, kesakitan pada leher dan tulang belakang telah menjadi masalah kesihatan badan yang semakin meningkat.

Ruang Peribadi Saya

Seorang siswazah yang telah menamatkan pengajian reka bentuk dalam perindustrian di universiti Singapura dicabar dalam satu bengkel. Dia harus memikirkan satu penyelesaian yang baharu bagi masalah yang biasa kita hadapi dengan menggunakan alat-alat yang sederhana. Maka dia mencipta sejenis rompi untuk melindungi ruang peribadi seseorang daripada diganggu apabila menaiki kereta api dan bas yang sesak. Rompi ini yang dilitupi dengan pepaku plastik yang panjang dan mudah lentur, malah biasanya digunakan untuk menghalau burung dan kucing daripada tanaman.