Semasa suami saya berumur 18 tahun, dia memulakan satu perniagaan mencuci kereta. Dia menyewa sebuah garaj, mengupah pekerja dan membuat risalah iklan. Perniagaan ini menjadi sangat maju. Niatnya adalah untuk menjual garaj itu dan menggunakan duit untuk membayar yuran universitinya, maka dia sangat teruja apabila seorang pembeli menunjukkan minat. Selepas beberapa rundingan, transaksi akan perniagaan itu kelihatan bakal berlaku. Tetapi pada saat akhir, urusan tersebut gagal. Selepas beberapa bulan, barulah dia berjaya menjual garaj itu.
Ini perkara biasa untuk berasa kecewa apabila waktu dan rancangan Tuhan untuk hidup kita tidak seperti yang kita harapkan. Apabila Daud ingin membina Rumah TUHAN, dia mempunyai niat yang baik, kebolehan untuk memimpin, dan segala sumber yang diperlukan. Namun Tuhan mengatakan bahawa dia tidak boleh melakukan hal itu kerana dia sudah membunuh ramai orang dalam pertempuran (1 Tawarikh 22:8).
Daud boleh sahaja menjadi marah kepada Tuhan. Dia juga boleh ingkar dan tetap melakukan rancangannya. Tetapi dia berkata dengan rendah hati, “Ya TUHAN Allah, aku dan keluargaku tidak layak menerima segala kebaikan yang Engkau tunjukkan kepadaku selama ini” (17:16). Daud kemudian terus memuji Tuhan dan mengukuhkan kesetiaannya kepada Dia. Daud lebih mementingkan perhubungannya dengan Tuhan daripada cita-citanya sendiri.
Apakah yang lebih penting—mencapai harapan dan impian kita, atau mengasihi Tuhan?