Month: Mei 2016

Acara Yang Akan Datang

 

Pengajaran Daripada Perumpamaan

Perumpamaan sering digunakan oleh Yesus untuk mengajar kebenaran tentang kehidupan. Marilah kita mempelajari hikmah-Nya.

[Maklumat Lanjut]

 

Bertumbuh Teguh Dalam Kristus

Kehidupan Kristian dibaratkan satu perlumbaan, bagaimanakah kita memastikan kita menghabiskan perlumbaan ini dengan teguh? Marilah kita mempelajari hikmah-Nya.

[Maklumat Lanjut]

Hubungi kami?
 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi OUR DAILY BREAD BERHAD dengan menelefon +607-3531718, atau menghantar e-mel: malaysia@odb.org kepada kami.…

Karya Sastera Agung

Baru-baru ini saya membaca satu artikel yang menerangkan ciri-ciri karya sastera yang baik. Penulis artikel itu mencadangkan bahawa sesebuah karya sastera yang hebat dapat “mengubah anda. Apabila anda siap membacanya, anda akan menjadi orang yang berbeza.”

Roti Yang Memuaskan Hati

Saya mula belajar melafazkan Doa Bapa Kami (Lord’s Prayer) sejak zaman sekolah rendah. Setiap kali saya membaca baris “Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini” (Matius 6:11), saya selalu teringat tentang roti yang kadang-kadang kami nikmati di rumah. Hanya apabila bapa saya kembali dari bandar, barulah kami akan mendapat sebuku roti. Oleh itu, permohonan kepada Tuhan untuk makanan harian merupakan doa yang relevan bagi saya.

Masa Untuk Bertumbuh

Di rumah baharu Debbie, dia menemui sebatang tumbuhan yang dilupakan di sudut ruangan dapur yang gelap. Tumbuhan tersebut kelihatan seperti orkid kupu-kupu dengan daun yang sudah berhabuk dan koyak. Debbie membayangkan betapa cantiknya tumbuhan itu apabila ia mengeluarkan bunga yang baharu. Dia mengalihkan pasu tumbuhan itu ke tempat bersebelahan tingkap, memotong daun-daun mati dan menyiram tumbuhan tersebut dengan secukup-nya. Dia juga membubuh baja pada tumbuhan tersebut. Minggu demi minggu dia memeriksa tumbuhan itu, tetapi pucuk baharu tidak kelihatan. “Saya akan menunggu sebulan lagi,” Debbie memberitahu suaminya. “Jika masih tidak ada apa-apa perubahan, saya akan membuangnya.”

Adakah Dia Baik?

“Saya fikir Tuhan itu tidak baik,” kata rakan wanita saya. Sudah sekian lama dia berdoa untuk beberapa perkara yang sukar, namun doanya belum terjawab. Kemarahan dan kepahitannya terhadap Tuhan yang seolah-olah membisu semakin bertambah. Oleh sebab saya mengenali dia dengan baik, saya dapat merasakan bahawa di lubuk hatinya, dia masih percaya akan kebaikan Tuhan. Namun kesengsaraan yang berpanjangan di dalam hatinya, serta sikap Tuhan yang seolah-olah tidak ambil peduli telah menyebabkan keraguan-nya. Lagipun, lebih mudah untuk melepaskan kemarahan daripada menanggung kesedihan.