Sentiasa Dalam Penjagaan-Nya
Pemberita yang berpengalaman, Scott Pelley tidak pernah menjalankan tugas tanpa membawa barang-barang keperluannya—sebuah radio gelombang pendek, kamera, beg pakaian tahan lasak, komputer riba, telefon dan sebuah penunjuk isyarat kecemasan yang boleh digunakan di mana-mana tempat. “Panjangkan antena, tekan dua butang, dan ia akan menghantar isyarat kepada sebuah satelit yang dihubungkan kepada Jabatan Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (National Oceanic and Atmospheric Administration),” kata Pelley. “Isyarat itu akan memberitahu mereka identiti saya dan tempat yang saya berada. Kemudian berdasarkan negara yang anda berada, mereka akan membuat keputusan untuk menghantar pasukan penyelamat—atau tidak” (AARP The Magazine). Pelley belum pernah menggunakan penunjuk isyarat tersebut, tetapi dia tidak pernah lupa untuk membawanya.
Berehat Dan Menunggu
Pada waktu tengah hari yang panas, Yesus berehat di pinggir perigi Yakub setelah berada dalam perjalanan yang jauh dan amat penat, manakala para pengikut-Nya pergi ke bandar Sikhar untuk mendapatkan makanan. Masa itu seorang wanita telah datang dari bandar untuk mengambil air … dan dia bertemu dengan Penyelamatnya. Kejadian ini memberitahu kita bahawa wanita itu balik ke bandar dan memberitahu orang di bandar untuk datang melihat “orang yang memberitahu saya segala sesuatu yang pernah saya lakukan” (Yohanes 4:29).
Tak Pernah Melihat, Tetap Mengasihi
Seperti orang lain dalam komuniti penulis blog, saya tidak pernah bertemu dengan lelaki yang kami kenali sebagai BruceC. Namun apabila isterinya memaklumkan kumpulan kami tentang kematian suaminya, banyak respons dari pelbagai tempat menunjukkan bahawa kami telah kehilangan seorang sahabat.
Duta Kasih
Dalam tugas saya sebagai paderi, kadang-kadang ada orang yang bertanya sama ada saya rela memberikan bimbingan rohani kepada mereka. Sememangnya saya gembira untuk meluangkan masa dengan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, tetapi sering kali saya mendapati bahawa saya yang belajar lebih banyak daripada mengajar orang lain. Hal ini terbukti benar apabila seorang Kristian baru, dengan sikapnya yang jujur berkata kepada saya dengan nada penuh reda, “Saya rasa saya tidak harus membaca Alkitab. Semakin banyak saya membaca tentang apa yang Tuhan ingin saya lakukan, semakin banyak saya menghakimi orang lain yang tidak melakukan apa yang diperintahkan dalam Alkitab.”