Pada suatu hari yang panas terik di Barat Texas, anak saudara perempuan saya, Vania terlihat seorang wanita berdiri di tepi lampu isyarat sambil memegang sekeping papan tanda. Apabila Vania memandu dengan lebih dekat, dia cuba membaca tulisan pada papan tanda itu, dengan andaian bahawa orang itu pasti sedang meminta makanan atau wang. Sebaliknya, dia terkejut dengan kata-kata ini:

“Hidup Anda Ada Tujuan”

Tuhan telah menciptakan kita untuk tujuan tertentu. Yang terutama, tujuannya adalah memuliakan Tuhan, dan salah satu cara yang kita boleh lakukan adalah memenuhi keperluan orang lain (1 Petrus 4:10-11).

Seorang ibu yang mempunyai anak-anak kecil mungkin menemukan tujuan hidup dengan mengelap hidung anaknya yang berhingus dan menceritakan Yesus kepada mereka. Seorang pekerja yang mempunyai pekerjaan yang tidak memberikan sebarang kepuasan boleh terus menemukan tujuan hidup dengan tekun bekerja, sambil ingat bahawa dia sedang melayani Tuhan dalam pekerjaan itu (Kolose 3:23-24). Seorang wanita yang buta boleh menemukan tujuan hidup dengan mendoakan anak-anak dan cucu-cucunya, sambil membimbing mereka percaya kepada Tuhan.

Mazmur 139 berkata bahawa sebelum kita dilahirkan, “Jangka masa hidupku sudah ditetapkan dan dicatat di dalam kitab-Mu” (ayat 16). Kita diciptakan “dengan baik dan luar biasa,” supaya memberikan kemuliaan kepada Pencipta kita (ayat 14).

Ingatlah: Hidup anda mempunyai tujuan!