Month: Jun 2016

Ulangi

Ketika Rebecca berucap di atas pentas dalam satu konferensi, ayat pertamanya melalui mikrofon bergema di ruangan bilik. Dia terkejut dengan pantulan suaranya, dan terpaksa membiasakan diri dengan sistem bunyi yang tidak berfungsi dengan baik tanpa mempedulikan gema suaranya.

Air Mata Dan Ketawa

Pada tahun yang lalu, sewaktu saya menghadiri satu kem pembaharuan rohani, saya bertemu semula dengan kawan-kawan yang sekian lama tidak jumpa. Kami bersembang sambil ketawa, namun saya juga menangis kerana saya terlalu rindukan mereka.

Jala Keselamatan

Selama bertahun-tahun saya menganggap Khutbah di atas Bukit (Matius 5-7) sebagai garis panduan bagi tingkah laku manusia, iaitu standard yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapa pun. Bagaimana saya boleh terlepas pandang tentang maksud sebenar dalam khutbah ini? Yesus berkata sedemikian bukan untuk mengelirukan kita, tetapi untuk memberitahu kita tentang siapa itu Tuhan.

Nama Baru Kita

Dia menganggap dirinya sebagai seorang yang selalu khuatir. Bagaimanapun, dia melepaskan diri daripada anggapan itu apabila anaknya sendiri tercedera dalam satu kemalangan. Semasa anaknya dalam penyembuhan, dia dan kawan-kawannya berkumpul pada setiap minggu untuk bersekutu dan berdoa. Dia berdoa kepada Tuhan untuk meminta pertolongan dan kesembuhan bagi anaknya. Selama beberapa bulan itu, ketakutan dan kerisauannya telah berubah dan menjadi bahan doa. Dia mula menyedari bahawa dia sedang berubah daripada seorang yang selalu khuatir kepada seorang pahlawan doa. Dia berasa seakan-akan Tuhan telah memberikannya nama yang baru. Dia mengenal identitinya di dalam Kristus dengan lebih dalam setelah mengalami pergelutan mengenai kemalangan anaknya.

Apa Yang Benar-Benar Penting

Dua rakan sekerja duduk sambil menilai lawatan bisnes mereka dan hasilnya. Salah seorang berkata bahawa urusan mereka itu berhasil kerana mereka dapat menjalinkan persahabatan baru dengan kenalan perniagaan mereka. Seorang lagi berkata, “Hubungan itu baik tetapi yang paling penting ialah hasil jualan.” Dengan jelasnya agenda mereka amat berbeza.