Seorang ahli antropologi telah membuat kesimpulan selepas berbulan-bulan menjalankan kajian di sebuah kampung kecil. Apabila dia sedang menunggu kenderaan untuk membawa dia pergi ke lapangan terbang bagi menaiki penerbangan pulang, dia pun mengambil masa untuk membuat satu permainan bagi sejumlah kanak-kanak. Ideanya adalah meletakkan satu bakul yang penuh dengan buah-buahan dan gula-gula di bawah sebatang pokok, kemudian kanak-kanak itu harus berlumba untuk mendapatkan hadiah itu. Tetapi apabila dia memberikan isyarat untuk berlari, tiada seorang pun berlari dengan pantas ke garis akhir. Sebaliknya, semua kanak-kanak bergandingan tangan dan berlari bersama-sama ke arah pokok itu.

Apabila mereka ditanyakan sebab mereka memilih untuk berlari dalam satu kumpulan dan bukan secara individu untuk memenangi hadiah itu, seorang anak perempuan berkata: “Bagaimana mungkin hanya seorang antara kita berasa gembira sementara yang lain berasa sedih?” Kerana kesemua kanak-kanak ini mempedulikan sesama mereka, maka mereka mahu setiap mereka dapat berkongsi bakul yang penuh dengan buah-buahan serta gula-gula itu.

Selepas mempelajari Taurat Musa selama bertahun-tahun, rasul Paulus mendapati bahawa segala hukum Tuhan boleh disimpulkan dalam satu pernyataan ini: “Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Galatia 5:14; lihat juga Roma 13:9). Dalam Kristus, Paulus bukan sahaja memahami sebabnya kita harus menggalakkan, menghiburkan, dan mempedulikan antara satu sama lain, malahan kita mampu melakukannya kerana kekuasaan yang diberikan oleh Tuhan.

Oleh sebab Dia mengasihi kita, kita juga harus mengasihi sesama kita.