Month: September 2016

Kata-Kata Bagi Mereka yang Lelah

Beberapa hari selepas bapa C. S. Lewis meninggal dunia, pada masa itu dia yang berumur 30 tahun menerima sepucuk surat daripada seorang wanita yang telah menjaga ibunya semasa ibunya sakit sehingga mati hampir dua dekad yang lalu. Wanita ini menunjukkan simpati kepadanya atas kehilangan bapa C.S. Lewis dan tertanya jika Lewis masih mengingatinya. “Jururawat Davison yang dikasihi,” jawab Lewis, “Ingati kamu? Saya masih mengingati mu.”

Pintu Gerbang Penyembahan

Sehingga baru-baru ini, kebanyakan pekan di pedalaman Ireland tidak menggunakan nombor rumah ataupun poskod. Oleh itu, sekiranya terdapat tiga orang bernama Patrick Murphy di pekan yang sama, penduduk terbaru dengan nama tersebut tidak akan menerima suratnya sebelum ia terlebih dahulu dihantar kepada dua orang Patrick Murphy yang sudah lebih lama menetap di sana. “Jiran-jiran saya akan menerima surat terlebih dahulu,” kata Patrick Murphy (penduduk terbaru). “Mereka akan membaca surat itu, kemudian berkata, ‘Tidak, mungkin surat ini bukan untuk kita.’ ” Untuk menamatkan segala kekeliruan penghantaran, pihak kerajaan Ireland baru-baru ini memulakan sistem poskod yang pertama untuk memastikan penghantaran surat dilakukan dengan betul.

Cubaan Berapi

Saya terlalu fokus dalam membaca sebuah buku sehingga kawan saya tunduk ke arah saya untuk melihat apa yang sedang saya baca. Hampir serta-merta, dia tersentak dan memandang saya dengan terkejut. “Sedihnya tajuk buku itu!” dia berkata. Masa itu saya sedang membaca “The Glass Coffin” (Keranda Kaca) dalam buku Grimm’s Fairy Tales (Cerita Dongeng Grimm), perkataan keranda telah membuat dia gelisah. Kebanyakan kita tidak suka diingatkan tentang kematian. Akan tetapi, hakikatnya, antara 1,000 orang, 1,000 orang akan mati.

Menyambungkan Titik

Kami sangat memerlukan panduan daripada Tuhan. Dalam masa yang singkat, kami diminta untuk menjaga dua orang anak kecil selama 3 bulan. Ini merupakan satu keputusan yang perlu dibuat untuk masa depan mereka. Kami sendiri mempunyai tiga orang anak yang lebih tua, oleh itu, untuk menjadi ibu bapa angkat sementara kepada kanak-kanak yang masih kecil ini agak tidak sesuai dengan rancangan hidup kami.Tambahan lagi dengan dua anggota keluarga yang baru, ini memang suatu keputusan yang amat sukar dibuat. Ketika itu buku yang ditulis oleh penginjil, Amy Carmichael, mengarahkan kami kepada beberapa ayat yang tidak biasa kami baca dalam Bilangan 7.

Berbaloi Kalorinya?

Nezahualcoyotl (1402–1472) mungkin mempunyai nama yang susah disebut, tetapi namanya penuh makna. Ia bermaksud “Koyote Yang Lapar,” dan hasil penulisan lelaki ini menunjukkan kelaparan secara rohani. Sebagai seorang penyair dan pemimpin di Mexico sebelum kedatangan orang Eropah, dia menulis, “Sesungguhnya tuhan-tuhan yang saya sembah, adalah berhala yang dibuat daripada batu yang tidak bercakap atau berasa … Namun saya tahu ada tuhan yang sangat kuat, tersembunyi dan belum diketahui, dialah yang mencipta seluruh alam semesta. Hanya dia yang dapat menghiburkan saya ketika saya dalam penderitaandan melegakan kesakitan hati saya; saya ingin dia menjadi penolong dan pelindung saya.”