Jacob Davis, seorang tukang jahit yang menghadapi cabaran. Waktu itu merupakan kemuncak zaman Kerubut Emas (Gold Rush) di bahagian Barat Amerika, pada tahun 1800-an, dan seluar panjang para pelombong emas sentiasa koyak dengan cepat. Apakah jalan penyelesaiannya? Jacob pergi ke sebuah syarikat tempatan yang dimiliki oleh Levi Strauss, kemudian dia membeli kain khemah, lalu menjahit seluar panjang pekerja dengan menggunakan kain yang tahan lasak itu—maka terciptalah seluar jean biru. Hari ini, seluar jean kain denim dalam pelbagai bentuk (termasuklah jenama Levi’s) merupakan salah satu barangan pakaian paling laris di dunia, semuanya disebabkan kain khemah tersebut telah diberikan matlamat yang baharu.

Simon dan saudaranya merupakan nelayan di Tasik Galilea. Kemudian Yesus tiba dan memanggil mereka mengikut-Nya. Dia memberikan matlamat baharu kepada mereka. Mereka tidak lagi menjala ikan. Seperti yang dikatakan oleh Yesus, ”Ikutlah Aku dan Aku akan mengajar kamu menjala orang … ” (Markus 1:17).

Dengan adanya matlamat baharu ini, mereka diajar dan dilatih oleh Yesus agar setelah Dia diangkat ke syurga, mereka dapat menjadi saluran Tuhan untuk menjala orang supaya menjadi pengikut-Nya dengan menyebarkan Injil tentang penyaliban dan kebangkitan Kristus kepada setiap orang. Pada hari ini, kita mengikut jejak mereka apabila kita berkongsi berita baik tentang penyelamatan dan kasih Kristus.

Semoga hidup kita dapat mengisytiharkan dan menyatakan kasih-Nya yang dapat mengubah kehidupan, maksud hidup serta kesudahan kekal dalam kehidupan orang lain.