Beberapa abad yang lalu, Henry Durbanville, seorang pastor berbangsa Scotland bercerita tentang seorang wanita tua dari mukim pelayanannya tinggal di kawasan terpencil di Scotland. Wanita itu ingin sekali melawat bandar Edinburgh, tetapi dia takut untuk menempuh perjalanan itu kerana kerata api harus melalui terowong yang panjang dan gelap sebelum dia boleh sampai ke bandar tersebut.
Bagaimanapun, pada suatu hari, dia harus pergi ke Edinburgh untuk satu urusan penting. Sementara kereta api itu bergerak laju menuju ke bandar, perasaan takutnya semakin meningkat. Namun sebelum kereta api tiba di terowong, wanita tersebut terlelap akibat kelesuan daripada ketakutan. Apabila dia terjaga, dia telah pun tiba di bandar itu!
Mungkin ada orang tidak akan mengalami kematian. Jika kita masih hidup ketika Yesus kembali ke dunia, kita akan “berjumpa dengan Tuhan di angkasa” (1 Tesalonika 4:13–18). Namun ramai orang akan masuk ke syurga melalui kematian, ini menyebabkan sesetengah orang berasa sangat takut untuk menghadapinya. Kita takut bahawa proses kematian itu mungkin terlalu susah untuk ditanggung.
Dengan kepastian bahawa Yesus sebagai Penyelamat kita, kita boleh diyakinkan bahawa ketika kita menutup mata dan melalui proses kematian di bumi, kita akan membuka mata di hadapan Tuhan. “Terlelap untuk seketika, bangun untuk kekekalan,” kata John Donne, seorang penyajak dari England.
akan menjadi sukacita yang terbesar di syurga.