Sekaranglah Masanya
Ketika saya bertanya kepada seorang saudari yang telah hampir bersara, tentang hal yang dia berasa takut dalam kehidupan yang seterusnya, dia menjawab, “Saya ingin memastikan bahawa saya tidak akan kehabisan wang”. Pada hari berikutnya, ketika saya bercakap kepada kaunselor kewangan saya, dia menasihatkan saya cara untuk mengelakkan diri daripada kehabisan duit. Kita semua memang menginginkan jaminan bahawa kita akan mempunyai sumber pendapatan yang diperlukan untuk kehidupan seterusnya.
Masa Bersendirian Dengan Tuhan
Rasanya seperti saya berada di dalam air, bunyi menjadi sayup disebabkan oleh demam selesema dan alahan. Selama beberapa minggu saya bergelut untuk mendengar dengan jelas. Keadaan ini membuatkan saya sedar bahawa betapa berharganya pendengaran saya.
Cincin Meterai
Obituari untuk Alan Nanninga, seorang lelaki di bandar saya, menyatakan dia sebagai “saksi Kristus yang sangat berbakti.” Artikel itu juga menyebut tentang kehidupan rumah tangga dan kerjayanya, serta kesihatannya yang merosot hampir sedekad lamanya. Ia menyimpulkan bahawa, “Sepanjang masa dia menerima rawatan di hospital, dia diberikan gelaran ‘Pesakit Yang Berdoa” sebagai satu penghormatan atas pelayanannya kepada pesakit-pesakit lain. Inilah contoh seseorang yang mendoakan orang lain dan berdoa bersama orang di sekelilingnya yang memerlukan penghiburan dan galakan, walaupun dia sendiri berada dalam penderitaan.
Dikunci Dalam Kasih
Anak lelaki saya sedang belajar mengira satu hingga sepuluh. Dia mengira semua benda, daripada barang mainannya sehinggalah kepada pokok-pokok. Dia mengira benda yang saya tidak begitu perhatikan, seperti bunga liar dalam perjalanan ke sekolah ataupun jari-jari di kaki saya.